Utusan Borneo (Sabah)

Thanabalan lebih cenderung untuk beraksi bersama kelab luar negara

-

KUALA LUMPUR: Penyerang sensasi skuad bola sepak Bawah 22 (B22) kebangsaan, N.Thanabalan mengakui lebih cenderung untuk beraksi bersama kelab di luar negara berbanding kelab tempatan untuk masa depan kariernya. Thanabalan, 22, berkata permainan pantas dan lebih agresif di luar negara merupakan peluang terbaik bagi dirinya untuk mengembang­kan bakat selain meningkatk­an mutu permainan dan ketahanan fizikal. Menurut anak jati Negeri Sembilan itu, sehingga hari ini terdapat beberapake­lab Thailand dan Liga super sudah menyuaraka­n hasrat untuk mendapatka­n khidmatnya, namun ia masih di dalam fasa awal rundingan.

“Jika saya mendapat dua tawaran yang sama baik di Malaysia dan di luar negara, saya akan lebih memilih untuk bermain di luar negara seperti Thailand kerana ia platform terbaik untuk menjadi lebih baik. Peluang seperti itu mungkin hanya datang sekali dan sebagai pemain yang masih muda saya tidak melihat bermain di Thailand sebagai satu masalah.

Saya difahamkan memang ada beberapa kelab Thailand dan juga Liga Super yang berminat tetapi masih terlalu awal untuk bercakap mengenai itu lagi pun saya masih ada baki kontrak bersama Negeri Sembilan. Kita tunggu dan lihat sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi bual bicara Program Inspirasi Sang Juara anjuran Pusat Kecemerlan­gan Bernama di Wisma Bernama di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Thanabalan menyifatka­n kemewahan dan nama bukan penyebab beliau lebih tertarik untuk mewakili kelab luar, tetapi jaminan aksi 90 minit di atas padang adalah faktor utama dalam membuat pemilihan sesebuah pasukan.

Beliau turut berkata berkelana di negara luar mampu menjadikan dirinya lebih berdisipli­n selain dapat memberikan tumpuan penuh terhadap perjalanan kariernya.

“Tidak kira sama ada bermain di divisyen satu ataupun dua, bermain di Thailand pasti akan memberi satu pengalaman yang berharga dan apa sebenarnya yang saya mahukan adalah jaminan waktu bermain.

Saya rasakan apabila anda bermain di luar negara, anda akan dapat lebih memberikan tumpuansep­enuhnyater­hadap karier anda kerana jika di sini, bagi saya terdapat banyak gangguan,” kata beliau. Bernama

 ??  ?? KASUT PILIHAN: Pemain bola sepak negara yang memenangi pingat Perak pada Sukan Sea Kuala Lumpur (dari kiri), Adam Nor Azlin, Muhd Jafri Muhd Firdaus Chew dan Pemenang Anugerah Puskas 2016, Mohd Faiz Subri menyarungk­an kasut yang terdapat di Sports...
KASUT PILIHAN: Pemain bola sepak negara yang memenangi pingat Perak pada Sukan Sea Kuala Lumpur (dari kiri), Adam Nor Azlin, Muhd Jafri Muhd Firdaus Chew dan Pemenang Anugerah Puskas 2016, Mohd Faiz Subri menyarungk­an kasut yang terdapat di Sports...
 ??  ?? THANABALAN berkongsi pengalaman­nya ketika hadir pada Program Inspirasi Sang Juara di Wisma Bernama. -Gambar Bernama
THANABALAN berkongsi pengalaman­nya ketika hadir pada Program Inspirasi Sang Juara di Wisma Bernama. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia