Utusan Borneo (Sabah)

Kerja murni berikan keseronoka­n, kepuasan pada Juliana

- -Artikel sumbangan Jabatan Penerangan

BERGAUL dan berinterak­si empat jam setiap hari dengan golongan kanakkanak Sindrom Down, membuatkan Juliana Micheal, 25, semakin sayang dengan pekerjaann­ya.

Menjadi Pembantu Pembimbing di Pusat Sindrom Down Kota Kinabalu (PSDKK) sejak dua tahun lalu, wanita kelahiran Kampung Kawari Papar itu tidak pernah merasa letih malahan menganggap kerja murni itu memberikan­nya keseronoka­n dan kepuasan.

“Pada tahun 2016, saya berpindah mengikut suami yang bekerja di Bandaraya Kota Kinabalu dan mula bekerja di pusat ini kebetulan berhampira­n dengan rumah.

“Seperti pusat jagaan kanak-kanak, kami menjaga mereka bermula jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi, paling lewat pun ibu bapa akan menjemput anakanak mereka sekitar jam 12 tengah hari.

“Namun, saya seronok melayan karenah anakanak ini seikhlas hati tanpa membeza-bezakan latar belakang dan menganggap mereka sebagai keluarga.

“Paling mengujakan, apabila mereka faham dan ingat apa yang telah kita ajarkan. Itu adalah kejayaan bagi saya dan diri mereka juga,” ujar Juliana pada Majlis Jamuan Teh Bersama Kanak-kanak Istimewa dan Anak Yatim Sempena Hari Jadi Rasmi Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Haji Juhar Datuk Mahiruddin di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu.

Turut bersama Juliana, Guru Pembimbing PSDKK, Petty Paul Lisa,

40, yang berasal dari

Penampang. Kata Petty, pusat itu diambil alih daripada Kiwanis Down

Syndrome pada Januari 2016 oleh Presiden PSDKK, Dr Fauziah Zainal Abidin.

Tambahnya, Fauziah merupakan doktor pakar kanak-kanak yang bertugas di Hospital Gleaneagle­s Kota Kinabalu dan kini terdapat 12 kanak-kanak berumur antara tiga hingga sembilan tahun berada dalam jagaan pusat berkenaan.

 ??  ?? JULIANA (kanan) melayan karenah salah seorang kanak-kanak istimewa di majlis jamuan teh itu.
JULIANA (kanan) melayan karenah salah seorang kanak-kanak istimewa di majlis jamuan teh itu.
 ??  ?? (Gambar bawah) PETTY (dua kiri) dan rakan-rakannya bergambar bersama kanak-kanak PSDKK.
(Gambar bawah) PETTY (dua kiri) dan rakan-rakannya bergambar bersama kanak-kanak PSDKK.
 ??  ?? (Gambar atas) PETTY mengingatk­an kanak-kanak istimewa PSDKK supaya makan perlahanla­han.
(Gambar atas) PETTY mengingatk­an kanak-kanak istimewa PSDKK supaya makan perlahanla­han.
 ??  ?? JULIANA (kiri) bersama Petty.
JULIANA (kiri) bersama Petty.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia