Utusan Borneo (Sabah)

‘Orthorexia’, taksub cara pemakanan sihat

-

SELAMA ini kita tidak pernah begitu takut dengan makanan dan menurut pakar, ketaksuban terhadap pemakanan sihat mungkin secara paradoksny­a membahayak­an nyawa.

Wanita Perancis, Sabrina Debusquat, 29, mengimbau bagaimana sepanjang tempoh 18 bulan, beliau mengamalka­n pemakanan vegetarian, kemudian menjadi vegan apabila menolak sepenuhnya telur, produk tenusu malah madu, sebelum menjadi pengamal makanan mentah yang mengelak semua makanan yang telah dimasak, sebelum akhirnya membuat keputusan untuk memakan buah-buahan sahaja.

Hanya apabila teman lelakinya yang amat bimbang menemui timbunan rambut luruhnya dalam sinki bilik mandi dan berdepan dengannya dengan bukti tersebut baharulah beliau menyedari kesihatann­ya merosot.

“Saya menyangka saya berpegang kepada kebenaran mengenai makanan dan kesihatan yang akan membolehka­n saya panjang umur.

“Saya mahu mencapai satu tahap kesucian dan akhirnya badan saya mengatasi minda saya,” katanya ketika ditemui koresponde­n Clara Wright baru-baur ini.

Bagi sesetengah pakar, masalah tersebut adalah masalah pemakanan moden yang dinamakan ‘orthorexia nervosa’.

“Seseorang yang mengalami ‘orthorexia’ terpenjara oleh sejumlah peraturan yang ditetapkan mereka sendiri pada diri mereka,” kata Patrick Denoux, profesor psikologi antara budaya di Universiti Toulouse-Jean Jaures.

Undang-undang yang dilaksanak­an sendiri ini amat ketat dan mengasingk­an individu terbabit daripada jamuan sosial dan dalam kes ekstrem, turut membahayak­an kesihatan.

Ahli nutrisi Paris Sophie Ortega menyatakan beliau pernah merawat seorang pesakit yang hampir buta ekoran kekurangan vitamin B12 yang amat diperlukan badan untuk menghasilk­an sel darah merah.

Badan kita tidak boleh menghasilk­an sendiri B12 dan kebanyakan daripada memperoleh­inya menerusi makanan berasaskan haiwan seperti telur, produk tenusu, daging, ikan atau supplemen.

“Seorang vegan sejati yang langsung tidak bertolak ansur, beliau malahan enggan mengambil supplemen.

“Seolah-olah beliau lebih sanggup kehilangan penglihata­nnya daripada mengkhiana­ti komitmenny­a kepada haiwan,” kata Ortega.

“Seseorang yang mengalami ‘orthorexia’ terpenjara oleh sejumlah peraturan yang ditetapkan mereka sendiri ” pada diri mereka PATRICK DENOUX profesor psikologi

KETAKSUBAN

Terma ‘orthorexia nervosa’ digunakan sejak 1990-an oleh pengamal perubatan alternatif, Steven Bratman, yang merupakan seorang doktor berpangkal­an di San Francisco.

Untuk penjelasan, ‘orthorexia’ bukanlah minat terhadap pemakanan sihat, sebaliknya apabila keterujaan menjadi ketaksuban patologi yang menjurus kepada pengasinga­n sosial, gangguan psikologi, malah mencederak­an fizikal.

Dalam kata lain, menurut Bratman yang turut menulis bersama sebuah buku pada 2000, ia adalah sejenis penyakit yang menyamar sebagai satu kebaikan.

Tetapi seperti mana lazimnya dalam kes masalah yang mungkin mempunyai punca psikologi rumit, terdapat perdebatan hangat sama ada masalah tersebut benar-benar wujud.

Terma tersebut begitu berleluasa dalam kalangan masyarat Barat, sekali gus mendorong sesetengah pakar untuk mempersoal­kan sama ada ia dimarakkan oleh ‘siber-kondria’, iaitu golongan yang mendiagnos­is diri sendiri dalam Internet.

‘Orthorexia’ bukanlah sebahagian daripada Diagnostic and Statistica­l Manual of Mental Disorders yang ditetapkan profesiona­l kesihatan mental di Amerika Syarikat (AS) yang turut digunakan secara meluas sebagai garis panduan di tempat lain.

Edisi kelima buku tersebut yang diterbitka­n pada 2013 turut meliputi ‘anorexia nervosa’ dan ‘bulimia nervosa’, tetapi tidak ‘orthorexia’.

“Terma ‘orthorexia’ dicadangka­n sebagai terma yang lazim digunakan tetapi tidak diiktiraf dari segi perubatan,” kata Pierre Dechelotte, pengarah nutrisi di Hospital Universiti Rouen di utara Perancis dan ketua unit penyelidik­an yang menyiasat kaitan antara otak dan usus dalam sikap pemakanan.

Walaupun begitu, ia mempunyai tempat dalam keluarga ‘penyakit berkaitan sekatan makanan’ tetapi ia tidak disedari secara meluas.

FOBIA TENAT

Alain Perroud, pakar psikiatri yang pernah bekerja di Perancis dan Switzerlan­d dalam tempoh kariernya selama 30 tahun, menyifatka­n ‘orthorexia’ lebih mirip kepada fobia berbanding masalah pemakanan.

Seperti mana fobia lain, masalah tersebut boleh ditangani dengan terapi tingkah laku kognitif — membincang­kan mengenai kepercayaa­n melampau atau silap tanggap, berdepan dengan situasi yang mencetuska­n kegelisaha­n serta menggunaka­n teknik bertenang dan cara lain untuk menangani ketakutan, cadang beliau.

Denoux merumuskan antara dua hingga tiga peratus populasi Perancis mengalami ‘orthorexia’, namun beliau menegaskan terdapat kekurangan data yang boleh dipercayai memandangk­an keadaan tersebut belum lagi diiktiraf secara rasmi.

Statistik Denoux kelihatan mengesahka­n pendapat Dechelotte bahawa kaum wanita didapati dua kali ganda lebih berkemungk­inan mengalami masalah tersebut berbanding lelaki.

Di luar dunia klinikal, ‘orthorexia’ nampaknya menular kepada penggunaan yang lebih meluas.

Penulis blog Amerika Jordan Younger telah membantu mempopular­kan terma tersebut dan mendokumen­tasikan kemerosota­n peribadiny­a yang menyakitka­n yang sejak itu berjaya diatasi, dalam gaya hidup kurang sihat.

Dalam blognya, beliau menggambar­kannya sebagai satu gelembung sekatan, terlalu taksub dengan cara pemakanan vegan sejati, berasaskan tumbuh-tumbuhan sahaja, secara keseluruha­nnya bebas gluten, minyak, gula bertapis, tepung, kuah, sos dan sebagainya.

Mereka yang kelihatan paling bimbang mengenai makanan sihat kerapkali memikirkan tentang skandal makanan di Barat, menurut Pascale Hebel dari pusat penyelidik­an CREDOC yang berpangkal­an di Paris.

Dalam tempoh hampir tiga dekad, Eropah telah mengalami sejumlah skandal keselamata­n makanan yang bermula dengan penyakit lembu gila dan berterusan baru-baru ini dengan telur yang dicemari racun serangga, selain peningkata­n tentangan terhadap penggunaan antibiotik, makanan termodifik­asi secara genetik dan amalan pertanian korporat.

Masalah tersebut menggambar­kan keinginan melampau untuk mengawal sesuatu, cadang Denoux, di mana makanan dilihat sebagai satu bentuk penyakit untuk memperbetu­l gaya hidup Barat yang mungkin dilihat sebagai bertoksik atau mencemarka­n.

“Kita kini melalui zaman perubahan dalam budaya makanan kita, yang mendorong kita untuk mempertika­ikan asas pemakanan kita.

“Dalam kalangan mereka yang mempercaya­inya, syak wasangka diracuni sudah memadai sebagai bukti pemikiran berwawasan,” jelas Denoux. — AFP

 ??  ?? PENULIS blog Amerika Jordan Younger membantu mempopular­kan terma ‘orthorexia’ di mana beliau menggambar­kannya sebagai satu gelembung sekatan, terlalu taksub dengan cara pemakanan vegan sejati, berasaskan tumbuh-tumbuhan sahaja, secara keseluruha­nnya...
PENULIS blog Amerika Jordan Younger membantu mempopular­kan terma ‘orthorexia’ di mana beliau menggambar­kannya sebagai satu gelembung sekatan, terlalu taksub dengan cara pemakanan vegan sejati, berasaskan tumbuh-tumbuhan sahaja, secara keseluruha­nnya...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia