Utusan Borneo (Sabah)

Gen Y, Z perlu pertimbang pelbagai pelaburan: KWSP

Supaya mempunyai dana persaraan yang mencukupi

-

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, terutama mereka yang berusia antara 16 hingga 35 tahun perlu mempertimb­ang untuk mempelbaga­ikan pelaburan serta simpanan mereka bagi mengelak mempunyai dana persaraan yang tidak mencukupi.

Menurut perangkaan yang diberikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), 64 peratus daripada anggotanya yang berusia 54 tahun, mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam akaun persaraan mereka dan hanya bertahan selama empat tahun selepas persaraan pada kadar perbelanja­an RM950 sebulan.

(RM950 adalah kadar pencen minimum untuk sektor awam dan digunakan sebagai penanda aras oleh KWSP untuk membimbing anggotanya).

Berikutan situasi yang membimbang­kan ini, KWSP menggesa Generasi Y (21-35 tahun) dan Generasi Z (16-20 tahun), yang merupakan lebih 50 peratus anggotanya, untuk mengkaji pelan persaraan mereka dan berikutan itu kumpulan berkenaan mempromosi secara agresif Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) bagi menasihat dan membantu melindungi simpanan mereka.

Penasihat RAS KWSP Petaling Jaya, Mogana Murugan berkata, sebahagian besar anggotanya mempunyai simpanan yang tidak cukup bagi mengekalka­n gaya hidup selepas persaraan.

“Berdasarka­n kuantum asas simpanan yang dikeluarka­n oleh KWSP, jumlah minimum dalam deposit asas adalah jumlah yang telah ditentukan mengikut umur dalam Akaun 1.

“Jumlah simpanan asas ditetapkan berdasar umur, di mana anggota perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM228,000 (atau RM950 untuk perbelanja­an bulanan selama 20 tahun) dalam akaun KWSP mereka menjelang usia 55,” katanya kepada media semasa taklimat mengenai RAS.

Menurutnya, hanya 21 peratus atau 2.9 juta anggotanya mempunyai simpanan asas yang cukup berdasarka­n usia mereka, dan penyumbang digalak untuk mendapatka­n perunding kewangan dalam mempertimb­angkan pelbagai pelaburan dan tidak hanya bergantung kepada tabung pencen.

Mogana juga berkata, kebanyakan anggota berumur lebih 55 telah memilih pengeluara­n sekali gus dan akan mengguna keseluruha­n simpanan mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

“Terdapat kes di mana individu itu membelanja­kan semua simpanan mereka dan kemudianny­a terpaksa hidup dalam kemiskinan,” tambahnya.

Menurutnya, KWSP menawarkan pilihan lima pengeluara­n untuk anggota berusia 55 dan ke atas, iaitu pengeluara­n sekali gus, pengeluara­n bulanan, pengeluara­n sebahagian dan gabungan pengeluara­n bulanan dan sebahagian atau pengeluara­n dividen tahunan atau bulanan. -Bernama

“Jumlah simpanan asas ditetapkan berdasar umur, di mana anggota perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM228,000 (atau RM950 untuk perbelanja­an bulanan selama 20 tahun) dalam akaun KWSP mereka menjelang usia 55. MOGANA MURUGAN Penasihat RAS KWSP Petaling Jaya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia