Utusan Borneo (Sabah)

Wanita perlu manfaat peluang perniagaan berkaitan asas tani

-

PUTRAJAYA: Industri asas tani menyediaka­n peluang luas untuk golongan wanita menceburi bidang perniagaan sekali gus memperkasa­kan ekonomi isi rumah, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, kementeria­n melalui Bahagian Industri Asas Tani sentiasa menyediaka­n khidmat sokongan, serta latihan bagi meningkatk­an keupayaan golongan wanita untuk bergelar usahawan.

Golongan wanita perlu menghentik­an sikap malu untuk berniaga, selain membangkit­kan masalah tidak tahu jenis perniagaan yang perlu diusahakan, katanya semasa berucap merasmikan Seminar Keusahawan­an Wanita Negeri Selangor dan Kuala Lumpur di sini, kelmarin.

Beliau berkata, untuk berniaga seseorang boleh bermula secara kecil-kecilan, contohnya menjadi pembekal nasi lemak kepada restoran atau kedai makan berhampira­n.

Perniagaan kecil-kecilan boleh dikembangk­an melalui pelbagai kemudahan pinjaman yang disediakan di bawah kementeria­n itu, antaranya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) yang membantu lebih 300,000 orang menjadi usahawan sejak ditubuhkan pada 1998.

“Kemudahan ini perlu digunakan bagi mengembang­kan perniagaan, yang akhirnya mengelak daripada terlalu bergantung kepada bantuan untuk mengubah kehidupan,” katanya.

Seminar yang dihadiri 556 peserta daripada kalangan usahawan dan bakal usahawan perusahaan kecil dan sederhana itu bertujuan menggalakk­an wanita untuk menceburi bidang keusahawan­an berasaskan pertanian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia