Utusan Borneo (Sabah)

Minati lagu patriotik, semarak semangat kenegaraan

-

TAWAU: Golongan pelajar disaran memupuk minat menyanyika­n lagu-lagu patriotik bagi menyemarak­kan semangat kenegaraan dalam mencapai cita-cita dalam pelajaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Media Desa, Koh Kian Leong, berkata ini kerana lagu bersifat patriotik dapat menguatkan semangat dalam mengejar impian masa depan.

“Atas semangat itu, ia akan mendorong kita terus maju dan merealisas­ikan impian kita,” katanya berucap merasmikan pertanding­an menyanyi khusus untuk pelajar sekolah menengah, anjuran bersama Bahagian Belia Persatuan Teochew Tawau dan Persatuan Bahasa Cina SM Holy Trinity, di sini malam Jumaat.

Hadir sama Setiausaha Persatuan Teochew Tawau, Teh Yin Hao Pengetua Cemerlang SM Holy Trinity, Chow Yuet Lee dan penaja Mattew Lo.

Pada majlis itu, hadirin dihiburkan dengan penyanyi popular berasal dari Tawau, Suen Lim Wen Shun selaku tetamu khas.

Koh yang juga seorang wartawan berkata, dengan menyanyika­n lagu-lagi patriotik seseorang pelajar dapat meluahkan emosi selain membentuk keperibadi­n yang mulia.

Katanya, mereka yang berbakat dalam bidang muzik boleh cuba mencipta lagu patriotik sendiri.

Beliau mahu pelajar mencontohi kesungguha­n dan kejayaan penyanyi Suen Lim Wen Shun yang berani dan komited dalam mencapai impian dalam bidang nyanyian.

“Bagi diri saya, impian saya adalah mempertaha­nkan bangsa dan negara. Saya akan terus berjuang mempertaha­nkan nama, martabat dan imej bangsa Malaysia dan negara Malaysia menerusi karier kewartawan­an saya,” katanya.

 ??  ?? WAKIL media massa dan elektronik bergambar bersama penyanyi Suen Lim Wen Shun (lima kanan) yang membuat persembaha­n khas pada malam itu. Turut kelihatanp­enajautama,Koh
Kian Leong (kiri sekali).
WAKIL media massa dan elektronik bergambar bersama penyanyi Suen Lim Wen Shun (lima kanan) yang membuat persembaha­n khas pada malam itu. Turut kelihatanp­enajautama,Koh Kian Leong (kiri sekali).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia