Utusan Borneo (Sabah)

TIADA KOMPROMI

Bot nelayan asing ceroboh perairan negara akan dibakar

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kerajaan tidak akan berkomprom­i ke atas sebarang penceroboh­an oleh bot nelayan asing ke perairan Malaysia bagi mengaut keuntungan hasil laut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, pihaknya menerusi Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) akan terus bertindak tegas dengan membakar dan menenggela­mkan bot nelayan asing yang didapati bersalah.

“Kita akan meningkatk­an operasi memandangk­an permasalah­an penceroboh­an bot nelayan asing di negara ini dilihat semakin serius, terutamany­a di perairan pantai timur Malaysia.

“Sehingga kini, lebih 1,000 bot nelayan asing berjaya ditahan,” katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Beliau berkata, kes seumpamany­a masih banyak dan berharap pihak mahkamah dapat mempercepa­tkan proses pendakwaan agar tindakan tegas terhadap mereka dapat dilaksanak­an.

Katanya, masalah penceroboh­an bot nelayan asing itu dilihat serius terutamany­a membabitka­n perairan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.

“Untuk perairan di Sabah, semuanya masih dalam keadaan terkawal dan kes penceroboh­an bot nelayan asing dilihat tidak serius berbanding perairan di pantai timur Malaysia.

“Penceroboh­an itu menyebabka­n kita mengalami kerugian hasil laut bernilai berbilion ringgit di mana, nelayan kita tidak dapat menangkap hasil ikan yang diinginkan terutamany­a di perairan laut dalam,” katanya.

Shahidan berkata, jumlah pemeriksaa­n keseluruha­n APMM tahun ini adalah sebanyak 27,223 bot dengan tangkapan 133 bot nelayan asing dari negara Vietnam dan Indonesia di seluruh Malaysia.

Bagaimanap­un katanya, bagi bot nelayan tempatan yang ditangkap dan didapati bersalah, berdasarka­n Akta Perikanan 1985 mereka boleh dikenakan kompaun sebanyak RM500 bagi kesalahan pertama, RM1,000 untuk kesalahan kedua dan RM1,500 bagi kesalahan ketiga.

“Hukuman-hukuman ini masih membolehka­n mereka menangkap ikan. Mungkin selepas ini, mereka yang dikompaun kali ketiga tidak dibenarkan menangkap ikan, tetapi semua ini masih dalam pemerhatia­n kita,” katanya.

Beliau turut menyeru semua agensi dan komuniti maritim yang berkaitan agar terus berganding bahu dalam menangani isu penceroboh­an oleh bot nelayan asing.

Hadir sama ialah Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu Laksamana Maritim Adam Aziz.

 ??  ??
 ??  ?? SHAHIDAN (dua kiri) ketika tiba di Kapal Maritim (KM) Arau.
SHAHIDAN (dua kiri) ketika tiba di Kapal Maritim (KM) Arau.
 ??  ?? SHAHIDAN menjelaska­n sesuatu kepada pemberita.
SHAHIDAN menjelaska­n sesuatu kepada pemberita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia