Utusan Borneo (Sabah)

AADK adakan program MBM banteras penyalahgu­naan dadah

- PENDUDUK kampung dan anggota bomba berganding-bahu mencari jalan untuk mencegah api daripada terus merebak.

SANDAKAN: Program Malaysiaku Indah (MBM) yang diadakan di PPR Batu Sapi pada Rabu adalah satu program yang sangat bermanfaat untuk masyarakat.

Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sandakan, Aisyah Abdul Karim berkata program itu dapat menyelesai­kan beberapa aduan orang ramai yang diajukan kepada agensi itu mengenai banyak aktiviti penyalahgu­naan dadah di kawasan PPR.

“Program itu adalah siri kedua yang dilaksanak­an oleh pihak AADK Sandakan selepas Siri pertama yang dilaksanak­an pada 11 Oktiber 2017 di PPR Taman Anggerik,” katanya.

Melalui program itu, pihaknya akan cuba berusaha untuk memastikan semua kawasan PPR di bawah kawasan AADK Daerah Sandakan bersih dari aktiviti penyalahgu­naan dadah.

“Program itu bertujuan membersihk­an tempat-tempat yang digunakan untuk aktiviti penagihan yang dikenalpas­ti.

KETUA AADK Sandakan, Skuad AADK, APM, Rela dan MPS menyaksika­n pembakaran sebahagian bahan yang dikenalpas­ti digunakan dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah.

“Kita juga ingin menyangkal stigma masyarakat yang menyatakan kawasan PPR adalah lubuk penagihan dan memastikan semua kawasan PPR khususnya di daerah Sandakan bebas daripada aktiviti dan kegiatan penyalahgu­naan dadah,” tegasnya.

Beliau juga mengharapk­an kerjasama semua pihak untuk bersama membantu pihak AADK khususnya AADK daerah Sandakan dalam menangani isu penyalahgu­naan dadah dengan menyalurka­n maklumat dan aduan orang ramai.

Program itu melibatkan 10 AADK, 15 anggota Rela, lima anggota APM, tiga anggota MPS, 20 Skuad AADK Sandan dan 10 residen CCSC Sandakan.

Ia juga diharap mampu mewujudkan jaringan kerjasama NBOS dengan pihak yang dapat membantu dalam pencegahan dadah.

Aisyah berkata program itu diharap memberi keyakinan kepada komuniti serta masyarakat bahawa kawasan mereka sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa amnya oleh AADK dan khususnya AADK Daerah Sandakan.

Katanya, program itu juga menunjukka­n AADK dan khususnya AADK Sandakan memandang serius kegiatan penyalahhg­unaan dadah.

ISMAIDI meminta orang ramai khususnya warga Tawau supaya berhati-hati berikutan keadaan cuaca tidak menentu di daerah ini.

impa dirinya sekeluarga, namun bersyukur kerana sekurang kurangnya semua mereka selamat.

“Saya berharap pihak berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan wakil rakyat dapat turun padang memberikan bantuan kepada semua mangsa yang terlibat,” katanya.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau merangkap Ketua Operasi Ismaidi Ismail berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 10.49 pagi dan tidak ada kes kecederaan dilaporkan.

Menurutnya, api berjaya dikawal selang kira-kira 50 minit usaha memadam dan mengawal kebakaran dijalankan oleh bomba dengan bantuan penduduk kampung.

“Kita diperkuatk­an dengan tiga jentera memadam api, 19 anggota bomba dan 18 anggota bomba sukarela serta turut dibantu oleh penguatkua­sa lain dan penduduk kampung.

“Kita berharap orang ramai akan lebih berhati-hati khususnya semasa memasak kerana banyak kes di daerah ini berpunca akibat kecuaian semasa memasak,” katanya.

Menyentuh kes berkaitan pula, beliau berkata pihaknya masih menjalanka­n siasatan untuk mengenalpa­sti punca sebenar dan jumlah kerugian akibat kejadian yang berlaku.

 ??  ?? TUGAS memadam api dan mengawal kebakaran dijalankan bersama-sama oleh orang awam dengan pihak berkuasa.
TUGAS memadam api dan mengawal kebakaran dijalankan bersama-sama oleh orang awam dengan pihak berkuasa.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia