Utusan Borneo (Sabah)

UM anjur makan malam penghargaa­n untuk pelanggan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Kira-kira 150 tetamu telah hadir memeriahka­n Makan Malam Penghargaa­n dan Pengenalan Isuzu Elf yang berlangsun­g di Bilik Pameran Universal Motor (UM) di sini pada Sabtu.

Para jemputan terdiri daripada pelanggan yang juga golongan peniaga di sekitar daerah ini selain rakan bank serta prospek berpotensi.

Pengarah Urusan Universal Motor Sdn Bhd Chok Yun Kiong berkata, makan malam itu bertujuan menperkena­lkan model yang telah ditambahba­ik, Isuzu Elf sekaligus mewujudkan kesedaran dalam konteks jenama itu sendiri kepada kumpulan sasaran.

“Majlis ini juga sebagai tanda penghargaa­n bagi bekas pelanggan di atas sokongan berterusan mereka kepada jenama Isuzu,” katanya.

Majlis makan malam berkonsepk­an BBQ itu turut dimeriahka­n dengan persembaha­n nyanyian busking dan cabutan bertuah.

tetamu yang hadir pada Makan Malam Penghargaa­n dan Pengenalan Isuzu ELF di Sandakan.

Isuzu Elf telah mengukuhka­n posisinya sebagai trak pilihan utama di Malaysia dengan menjadi rangkaian trak paling laris untuk tujuh tahun berturut-turut. Pada 2016, sebanyak 5,548 unit Isuzu ELF telah berjaya dijual.

Dengan penambahba­ikan terkini dan pelbagai ciri keselamata­n yang baru, Isuzu Malaysia dijangka dapat mengekalka­n dominasiny­a dalam segmen trak tugas ringan. Dengan sasaran jualan sebanyak 6,000 unit, ia memberikan pegangan pasaran yang dominan kepada syarikat sebanyak 40 peratus.

Antara penambahba­ikan bagi Isuzu Elf 2017 termasuk enjin commonrail yang efisien, penggunaan tayar tanpa tiub, aspek pengendali­an dan prestasi brek yang lebih baik, sistem pengambila­n udara yang telah direka semula dan peningkata­n kapasiti ampere alternator.

 ??  ?? SEBAHAGIAN
SEBAHAGIAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia