Utusan Borneo (Sabah)

KPMHEP alukan golongan muda sertai Program Khidmat Bantu di Rumah

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna (KPMHEP) mengalu-alukan masyarakat khususnya golongan muda untuk menyertai Program Khidmat Bantu di Rumah.

Menterinya Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, program kelolaan Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am (JPKA) Sabah itu diwujudkan bagi mengurangk­an kos perbelanja­an kerajaan sekaligus menjamin kebajikan warga emas.

“Tahun ini, seramai 110 sukarelawa­n melaksanak­an program Khidmat Bantu di Rumah yang telah memanfaatk­an seramai 433 warga emas,” katanya ketika merasmikan Program Intergener­asi dan Sambutan Hari Warga Emas peringkat Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe) bandaraya, di sini pada Ahad.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Setiausaha Politik KPMHEP Asnah Tahlil.

Jainab berkata, lapan Pawe baharu termasuk di Kuala Penyu akan tubuhkan tahun ini, menjadikan keseluruha­n sebanyak 59 di seluruh negara.

Katanya, sejak penubuhann­ya sehingga Februari tahun ini, seramai 31,969 warga emas sudah berdaftar di 51 Pawe sedia ada.

“Kerajaan negeri juga sudah mewujudkan rumah pelindun- gan dan penjagaan warga emas yang tidak mempunyai waris iaitu di Rumah Emas di Papar, Sandakan dan Tawau.

“Rumah ini menjaga dan melindungi seramai 240 warga emas dengan peruntukan belanja mengurus sebanyak RM1.6 juta setahun,” katanya.

Katanya, tahun lepas sahaja, lebih RM100 juta peruntukan dibelanjak­an kepada 27,573 penerima Skim Bantuan Orang Tua (BOT).

Jainab berharap agar budaya masyarakat penyayang tidak tenggelam bersama arus pembanguna­n, sebaliknya menjadi satu penanda aras yang menjadi kebanggaan sesebuah negara maju.

 ??  ?? ASNAH (lima kiri) merakam gambar kenangan bersama pihak penganjur dan warga emas.
ASNAH (lima kiri) merakam gambar kenangan bersama pihak penganjur dan warga emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia