Utusan Borneo (Sabah)

Pengakap cermin identiti masyarakat majmuk Malaysia

- Oleh AMIR ANUAR

T AWAU: Kejayaan Pengakap Bahagian Zon 1 Tawau menghimpun­kan lebih 10,000 ahli berdaftar pelbagai kaum disifatkan mencermink­an identiti masyarakat majmuk negara ini yang bersatu padu.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming memuji perkembang­an positif itu khususnya kepada Pesuruhjay­a Bahagian Zon 1 Tawau merangkap Pesuruhjay­a Daerah Lee Chee Kiong.

“Pengakap salah satu institusi yang mampu mendidik generasi muda membentuk masyarakat yang saling bekerjasam­a dan bersatu di dalam satu pasukan tanpa mengira latarbelak­ang.

“Sebagai bekas pengakap, saya percaya unit beruniform ini sesuai disertai generasi muda khususnya mempelajar­i kelangsung­an hidup berasaskan prinsip pengakap,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penutupan Jambori di Udara (JOTA) ke-60 dan Jambori di Internet (JOTI) ke-21 di SM Holy Trinity, di sini, Ahad.

Menurut Pang, tuntutan sebagai pengakap memerlukan ahlinya supaya sentiasa bersedia tanpa mengira masa termasuk memikul tanggungja­wab yang diamanahka­n.

“Peralihan masa juga menuntut ahli pengakap supaya sentiasa fleksibel mengikut tuntutan arus semasa memberikan khidmat sewajarnya dengan lebih berkesan,” katanya.

Hadir sama, Pesuruhjay­a Pengakap Negeri Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Sabah Sukran Nalamin.

 ??  ?? PANG menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang ahli pengakap, turut kelihatan Lee.
PANG menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang ahli pengakap, turut kelihatan Lee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia