Utusan Borneo (Sabah)

Buka peluang terbit buku

Yayasan Sabah dan DBP meterai MoU

- Bertukar dokumen MoU dengan Adzin.

KOTA KINABALU: Memorandum persefaham­an (MoU) antara Yayasan Sabah dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membuka peluang kepada organisasi itu menerbitka­n buku ilmiah.

Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata KYS melalui Bahagian Penyelidik­an dan Pembanguna­n serta Pembanguna­n Ekonomi dalam proses menyusun beberapa buku untuk diterbitka­n.

“Antaranya ialah buku yang berkaitan bidang etnograti,”

DATUK SAPAWI AHMAD Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah

katanya dan menambah, ia merupakan sumbangan Yayasan Sabah kepada pembanguna­n komuniti melalui kepelbagai­an etnik dan budaya.

Sementara Bahagian Konservasi dan Pengurusan

Alam Sekitar turut menyusun buku berkaitan flora dan fauna yang banyak terdapat di kawasan konservasi Kumpulan Yayasan Sabah, antaranya Lembah Danum, Lembangan Maliau dan Kanyon Imbak.

Beliau berkata penerbitan mengenai keunikan serta kepelbagai­an flora dan fauna adalah penting kepada masyarakat umum untuk mengenali dan mengetahui manfaat besar daripada khazanah hutan hujan tropika di negeri ini.

“Kerjasama antara YS dan DBP sebenarnya sudah wujud sejak 18 tahun yang lalu,” katanya.

Katanya buku masih lagi diperlukan terutamany­a buku kanak-kanak.

Sapawi berkata ketika taska dan pusat pendidikan

“Kerjasama antara YS dan DBP sebenarnya sudah wujud sejak 18 tahun ” yang lalu

SAPAWI

awal persekolah­an semakin berkembang, penerbitan buku kanak-kanak pula masih jauh ketinggala­n.

Beliau berharap MoU itu akan membuka peluang kepada golongan penulis untuk menerbitka­n karya mereka bagi dikongsika­n dengan masyarakat umum.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pengarah DBP Datuk Abdul Adzin Abas, Pengarah Jabatan Penerbitan DBP Abdul Khalik Sulaiman, Pengarah DBP Sabah Asmiah Ajmain, Timbalan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Rosmawari Lasuki dan Setiausaha Korporat Yayasan Sabah Ramlan Gados.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia