Utusan Borneo (Sabah)

Kedai perkakas dibuka di pekan Bingkor

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Sebuah kedai menjual alat-alat binaan, Bingkor Hardware telah dibuka dengan rasminya di pekan Bingkor, di sini pada Sabtu.

Kedai milik syarikat swasta tempatan itu telah dirasmikan oleh Ketua Daerah OKK Mohd Amir Arif.

Dalam ucapannya, beliau menyifatka­n pembukaan kedai menjual alat-alat binaan di Oekan Bingkor itu sudah tentu dapat membantu penduduk sekitar mendapatka­n alat binaan dengan tidak perlu lagi pergi ke Pekan Keningau.

“Saya percaya kedai ini juga dapat mengurangk­an kos tambang pengangkut­an pengguna membeli alat binaan di Pekan Keningau,” katanya.

Beliau berkata pewujudan kedai itu juga akan dapat mempelbaga­ikan lagi barangan yang dijual di pekan berkenaan.

Katanya, pada masa ini, terdapat kedai runcit, kedai makan, membaiki kenderaan selain pasar umum dan tamu di pekan itu.

Maka, dengan kepelbagai­an barangan jualan di pekan itu, ia turut menyumbang kepada pembanguna­nnya.

Pada masa sama, beliau juga meminta peniaga kecil

(lima kiri), Tham (empat kiri) dan Chee (lima kanan) serta ahli keluarga mengguntin­g riben sebagai gimik perasmian Bingkor Hardware.

termasuk belia di Bingkor dan sekitarnya agar dapat mengambil peluang untuk merancakka­n lagi kegiatan perniagaan di pekan itu.

“Banyak peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk direbut oleh peniaga bumiputera terutama sekali kalangan belia kita.

“Saya percaya ramai belia kita yang memiliki kemahiran dalam pelbagai bidang yang boleh dipasarkan tetapi mungkin disebabkan ketiadaan modal, kemahiran itu terpendam begitu sahaja.

“Namun begitu, kerajaan menyediaka­n banyak peluang untuk mereka bergiat dalam perniagaan melalui pinjaman yang disediakan selain kursus kemahiran dalam perniagaan,” katanya.

Amir berkata, bidang perniagaan jika diusahakan dengan gigih dan tanpa putus asa sudah tentu ia boleh berkembang serta menjamin masa depan yang cerah kepada para peniaga.

“Saya percaya dengan kemunculan ahli perniagaan dari kalangan penduduk tempatan sudah tentu ia dapat memberi kesan kepada pembanguna­n pesat Pekan Bingkor,” katanya.

Beliau juga meminta para peniaga di pekan itu agar sentiasa menjaga kebersihan dan menambahka­n keceriaan premis perniagaan mereka sempena Tahun Melawat Keningau 2018.

Katanya, sempena Tahun Melawat Keningau itu, penduduk di kawasan itu amat digalakkan untuk menyediaka­n produk makanan buatan sendiri dan kraftangan yang dapat dipasarkan untuk menarik pelancong ke pekan itu.

“Saya percaya pelancong yang datang akan membeli setiap kraftangan atau produk makanan tempatan yang dihasilkan oleh pengusaha dari kawasan Bingkor ini,” katanya.

Beliau juga menggesa penduduk di kawasan Bingkor agar mengambil peluang untuk menjana ekonomi sepanjang Tahun Melawat Keningau pada tahun hadapan.

Pada masa yang sama, beliau menyaranka­n para peniaga supaya menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebanka­n pengguna.

Hadir sama, pengusaha Bingkor Hardware Tham Vui Chen, Datin Chee Nyuk Yun dan ahli keluargany­a.

 ??  ?? AMIR
AMIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia