Utusan Borneo (Sabah)

900 sertai larian untuk Lok Yuk pada 28 Oktober

- Menyampaik­an sumbangan RM9,000 termasuk tajaan untuk seramai 100 peserta kepada Ronnie. Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Larian Untuk Lok Yuk pada 28 Oktober ini akan disertai seramai 900 orang selepas tarikh akhir penyertaan pada 14 Oktober.

Larian itu bertujuan mengumpul dana untuk pembanguna­n pendidikan Tadika Lok Yuk di sini, kata Pengerusi Penganjur Tey Kian Soon pada Sabtu.

Katanya larian itu terbuka kepada kategori 8 Kilometer bagi lelaki dan wanita di bawah 40 tahun, lelaki dan wanita veteran 41 tahun ke atas dan kategori Family Fun Run sejauh 3 kilometer untuk kanak-kanak tiga tahun ke atas.

“Setiap peserta dikenakan yuran masuk sebanyak RM60 bagi yang berumur 13 tahun ke atas dan RM30 bagi peserta yang berumur antara tiga dan 12 tahun,” katanya.

Tey berkata, setiap penyertaan akan mendapat medal, sijil dan cabutan bertuah sementara hadiah kepada para pemenang adalah berupa wang tunai dan hamper.

Katanya, pelepasan dan penamatan larian adalah di Kompleks Sukan Keningau yang mana pelancaran­nya akan disempurna­kan oleh tetamu kehormat terdiri Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno, Pengerusi Jetama Datuk Jake Jikulin Nointin, ahli perniagaan Datuk Yap Yun Fook dan Pegawai Daerah Haji Yusop Haji Osman.

Acara itu mendapat kerjasama daripada Pejabat Daerah, Pejabat Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah Daerah Keningau dan Pejabat Belia dan Sukan Persekutua­n Bahagian Keningau.

Beliau berkata para peserta dikehendak­i bersedia di Kompleks Sukan Keningau pada jam 5.30 pagi bagi pendaftara­n manakala pelepasan bermula jam 6.30 pagi diikuti dengan cabutan bertuah dan penyampaia­n hadiah.

“Pihak penganjur juga telah menyediaka­n sebanyak 100 hadiah cabutan tiket bertuah yang menawarkan hadiah menarik seperti set televisyen 43”, peti sejuk dan lain-lain.

“Program yang mendapat sokongan daripada Pegawai Daerah Haji Yusop Haji Osman ini adalah juga sebagai mempromosi­kan daerah ini sempena Tahun Melawat Keningau 2018,” katanya.

Tey mengucapka­n terima kasih kepada Sairin, Jake, Yap, Yusop dan ahli perniagaan lain yang menyokong serta menaja larian itu.

Katanya semua wang kutipan dan penajaan larian itu akan diserahkan kepada pihak Pengurusan Tadika Lok Yuk.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengurusan Tadika Lok Luk Ronnie Hiew mengucapka­n terima kasih kepada semua peserta dan penaja yang memberikan sokongan penuh kepada larian itu.

 ??  ?? JAKE
JAKE
 ??  ?? BANTUAN BANJIR: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor (tengah) menyampaik­an barangan keperluan seharian termasuk bahan makanan kepada seorang penduduk kampung yang menjadi mangsa banjir ketika beliau melawat Pusat...
BANTUAN BANJIR: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor (tengah) menyampaik­an barangan keperluan seharian termasuk bahan makanan kepada seorang penduduk kampung yang menjadi mangsa banjir ketika beliau melawat Pusat...
 ??  ?? TEY menyampaik­an poster kepada salah seorang ahli perniagaan wanita yang menaja larian itu. Turut kelihatan Ronnie (dua kanan) dan AJK penganjur lain.
TEY menyampaik­an poster kepada salah seorang ahli perniagaan wanita yang menaja larian itu. Turut kelihatan Ronnie (dua kanan) dan AJK penganjur lain.
 ??  ?? ANTARA peserta larian yang menerima dengan baju T daripada penganjur.
ANTARA peserta larian yang menerima dengan baju T daripada penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia