Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa pokok tumbang terima bantuan Jabatan Kebajikan Am

- Oleh

KENINGAU: Seorang penduduk Kampung Tanah Merah di sini yang sebahagian rumahnya ditimpa pokok tumbang baru-baru ini menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Am, di sini pada Sabtu.

Bantuan itu telah disampaika­n oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahanip Jamil kepada mangsa, George Baindis, disaksikan Pegawai Jabatan Kebajikan Am Keningau Mohd Hamdan Teralleh dan Pemaju Mukim Luagan Rudy Gijau.

Bantuan itu adalah berbentuk bahan binaan seperti zink, beruti dan papan lapis.

Sahanip yang ditemui selepas menyerahka­n bantuan itu memberitah­u kerajaan tidak pernah mengabaika­n kebajikan mereka yang memerlukan khususnya mereka yang ditimpa musibah.

Beliau berkata bantuan itu yang diberikan melalui Jabatan Kebajikan Am merupakan bukti keprihatin­an dan tanggungja­wab kerajaan dalam membela mereka yang amat memerlukan.

“Saya berterima kasih kepada para pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah ini yang sentiasa proaktif dan reponsif dalam menyelesai­kan setiap aduan daripada pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

“Saya juga berharap bantuan itu dapat meringanka­n beban mangsa untuk membaikpul­ih sebahagian rumah yang telah rosak akibat dihempap pokok,” katanya.

Kejadian hujan lebat dan angin kencang pada 16 Oktober, kira-kira jam 5 petang, sebahagian rumah George telah rosak selepas dihempap pokok yang tumbang.

Kenderaan jenis Perodua Kancil milik mangsa juga mengalami kerosakan akibat kejadian itu.

George mengucapka­n terima kasih kepada JKKK dan Jabatan kebajikan Masyarakat serta kerajaan yang telah membantu meringanka­n bebannya untuk mendapatka­n bahan binaan bagi membaikpul­ih rumahnya yang rosak.

JOHAN AZIZ

 ??  ?? SAHANIP (tiga kanan) menyampaik­an bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Am kepada George. Turut kelihatan Hamdan (dua kiri), Rudy (kiri) dan kakitangan jabatan itu.
SAHANIP (tiga kanan) menyampaik­an bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Am kepada George. Turut kelihatan Hamdan (dua kiri), Rudy (kiri) dan kakitangan jabatan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia