Utusan Borneo (Sabah)

Cacat fizikal bukan penghalang

Aida Fazira genggam segulung ijazah dari UiTM

-

SERI ISKANDAR: Kecacatan fizikal pada bahagian kaki sejak lahir tidak menjadi penghalang bagi Aida Fazira Mohd Alias@Ayi dari Teluk Intan untuk menggengga­m segulung ijazah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Gadis 23 tahun yang dilahirkan tanpa kaki kanan dan kaki kiri pula bersaiz kecil itu berkata adik-beradik dan rakan sekuliah adalah individu yang sentiasa membantuny­a sepanjang pengajiann­ya dalam bidang seni reka grafik kerana terpaksa berkerusi roda untuk ke kuliah.

Anak kelapan daripada sembilan beradik dan juga

SITI SARAH IBRAHIM, 23 Rakan

yatim-piatu itu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.3 dan dalam proses mencari pekerjaan dalam bidang seni reka grafik.

“Sejak kehilangan ibu dalam kemalangan jalan raya Julai tahun lepas, saya berasa sangat lemah sebab arwah ibu banyak memberi semangat dan menguruska­n keperluan diri. Arwah ibu saya meninggal dunia ketika saya dalam semester akhir pengajian, manakala ayah pula ketika saya berumur tiga tahun,” katanya.

Beliau yang ditemui pemberita pada majlis konvokesye­n Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perak di UiTM Kampus Seri Iskandar di sini pada Ahad merupakan antara 2,943 graduan yang diraikan sepanjang tiga hari majlis itu berlangsun­g.

Rakannya, Siti Sarah Ibrahim, 23, yang juga pelajar jurusan sama berkata Aida Fazira merupakan individu yang tabah mengharung­i pelbagai cabaran serta berdikari walaupun mempunyai kekurangan fizikal.

“Saya sering mendukung dia di belakang badan saya ketika mahu menaiki atau menuruni tangga untuk ke kuliah, sementara rakan yang lain menolong mengangkat kerusi roda miliknya,” katanya.

Sementara itu, Allahyarha­m Mohd Sofian Husin, 31, seorang polis bantuan di Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang meninggal dunia kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya Mei lepas, turut menerima diploma Pentadbira­n Awam dalam konvokesye­n itu.

Adiknya, Mohd Norazam, 28, yang hadir bersama ibu mereka Nurlaili Abdul Kadir, 56, naik ke pentas mewakili arwah abangnya untuk menerima diploma daripada Pro Canselor UiTM Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad.

Beliau berasa bangga dengan pencapaian Allahyarha­m Mohd Sofian yang juga anak ketiga daripada lima beradik itu walaupun sedih kerana abangnya tidak sempat untuk menerima sendiri diploma tersebut.

Allahyarha­m merupakan anak ketiga daripada lima beradik memperoleh CGPA 2.98 menyambung pengajian peringkat diploma bagi tujuan kenaikan pangkat dalam perkhidmat­annya daripada koperal ke pangkat sarjan.

“Arwah abang berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah, namun Allah lebih menyayangi­nya. Sepatutnya isteri arwah yang menerima diploma ini namun atas faktor kesihatan, dia tidak dapat hadir,” katanya sambil menambah abangnya mempunyai dua anak lelaki masing-masing berumur tiga tahun dan tiga bulan.Bernama

“Saya sering mendukung dia di belakang badan saya ketika mahu menaiki atau menuruni tangga untuk ke kuliah, sementara rakan yang lain menolong mengangkat kerusi roda ” miliknya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia