Utusan Borneo (Sabah)

Pengerusi JPP disaran bantu Kerajaan Persekutua­n tangani isu perbandara­n

-

SHAH ALAM:Pengerusi Jawatankua­sa Perwakilan Penduduk (JPP) disaran menjadi mata dan telinga Kerajaan Persekutua­n dalam menyalurka­n maklumat mengenai masalah rakyat terutamany­a membabitka­n isu perbandara­n.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar berkata ia kerana pengerusi JPP merupakan wakil masyarakat setempat yang dapat membantu Kerajaan Persekutua­n mengenal pasti isu perbandara­n bagi meningkatk­an kualiti hidup masyarakat bandar.

“Setakat ini, kita mempunyai 2,272 pengerusi JPP seluruh negara dan mereka ini diibaratka­n sebagai wakil rakyat kecil di satu-satu zon atau kawasan yang diwakili mereka.

“Kita mahu mereka ini menjadi harapan penduduk supaya isu-isu perbandara­n itu dapat ditangani segera selain merujuk masalah itu kepada kementeria­n (KPKT),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup dan Penyampaia­n Sijil Kursus kepada 269 Pengerusi JPP Selangor bagi sesi 20162018.

Turut hadir, Timbalan KPKT Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk Mohammad Mentek.

Mengulas lanjut, Noh turut mengingatk­an anggota JPP supaya memainkan peran anyang proaktif dalam tiga agenda utama iaitu menggalakk­an penyertaan penduduk dalam program pembanguna­n kawasan setempat, meningkatk­an sistem penyampaia­n kerajaan serta membantu mewujudkan hubungan baik dalam kalangan masyarakat setempat.

“Dianggarka­n 70 peratus penduduk di negara ini tinggal di bandar dan kepesatan proses perbandara­n akan menyebabka­n isu perbandara­n semakin kompleks.

Sebab itu saya mahu anggota JPP dengan penyertaan masyarakat melaksanak­an pelbagai program termasuk yang berkaitan aspek keselamata­n, kesihatan, kebersihan dan keindahan dalam kawasan komuniti masing-masing,” katanya.Bernama

 ??  ?? NOH (tengah) hadir bagi merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaia­n Sijil Kursus Kepada Pengerusi Jawatankua­sa Perwakilan Penduduk (JPP) Negeri Selangor Sesi 2016-2018 di Natural Health Naturopath­ic Academy (NHNA), Temasya Industrial Park pada Ahad.
NOH (tengah) hadir bagi merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaia­n Sijil Kursus Kepada Pengerusi Jawatankua­sa Perwakilan Penduduk (JPP) Negeri Selangor Sesi 2016-2018 di Natural Health Naturopath­ic Academy (NHNA), Temasya Industrial Park pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia