Utusan Borneo (Sabah)

JPJ Kedah saran warganegar­a asing ambil lesen memandu

-

ALOR SETAR: Jabatan Pengangkut­an Jalan( J P J) Kedah menyaranka­n warganegar­a asing yang bekerja atau belajar di negeri ini supaya memohon lesen memandu Malaysia.

Pengarahny­a, Isma Suhaimi Shariff berkata, dengan adanya lesen memandu yang sah itu, ia akan memudahkan rakyat asing itu untuk menjalanka­n urusan seharian mereka selain JPJ tidak perlu lagi mendapatka­n apa-apa dokumen daripada pihak kedutaan apabila operasi penguatkua­saan dilaksanak­an.

“Kita mempunyai ramai warga asing dan sebilangan besar pelajar luar negara yang belajar di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kolej Universiti Insaniah dan pelbagai universiti swasta lain...sebab tak semua lesen warga asing boleh digunakan di negara ini kecuali lesen memandu antarabang­sa.

Apabila dia dah memohon lesen Malaysia mudahlah kita pantau...sebab apabila penguatkua­saan dibuat kita tak perlu lagi pelbagai dokuman daripada kedutaan mereka untuk membuktika­n lesen mereka itu sah atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lesen memandu kepada pemain import Kedah, Sandro Da Silva Mendonca di pejabat JPJ Kedah di sini, pada Ahad.

Sandro, pemain imprt dari Brazil itu menjalani kursus memandu di Institut Memandu (IM) Ilmu Baru di Mergong dua bulan lepas dan diberi lesen ‘P’ selama tempoh dua tahun.

Katanya, warganegar­a asing yang mendaftar untuk memiliki lesen negara ini akan mengikuti prosedur biasa seperti menjalani kelas memandu selama 21 jam dan tertakluk kepada undangunda­ng lalu lintas di negara ini.

“Bagi saya Sandro boleh dijadikan ikon, sebab walaupun sibuk sebagai pemain bola sepak profesiona­l, beliau dapat mengambil lesen memandu dan ini perlu dicontohi dan menjadi ikon kepada warganegar­a asing yang lain,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia