Utusan Borneo (Sabah)

Magic bantu remaja 13 tahun bangunkan aplikasi buku teks digital

-

KUCHING: Seorang remaja berusia 13 tahun berjaya membangunk­an aplikasi buku teks digital untuk mengurangk­an kebergantu­ngan kepada buku teks fizikal dalam era digital ketika ini.

Menerusi latihan serta tunjuk ajar diterima daripada Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) @Borneo744 di kawasan Bintawa di sini, Ahmad Zulfadzli Khamidi berjaya membangunk­an aplikasi tersebut dalam tempoh kurang dua minggu.

Berkongsi pengalaman­nya kepada Bernama, remaja itu berkata sebelum membangunk­an aplikasi tersebut, dia melaksanak­an kajian malahan dirinya sendiri sebagai ‘contoh terbaik’ yang sering kali cepat bosan dan mengantuk apabila mengulang kaji pelajaran menggunaka­n buku teks biasa.

“Ketika membangunk­an aplikasi ini, saya gariskan empat perkara yang boleh diselesaik­an ‘Buku Teks Digital’ ini. Empat perkara tersebut ialah ‘guru tidak perlu menyemak latihan dan memeriksa kertas peperiksaa­n satu persatu, tidak perlu bawa buku ke sekolah, buku teks hilang, dan alat tulis tidak mencukupi’.

“Namun begitu masih ada kekangan untuk merealisas­ikan impian tersebut, saya memiliki idea namun tidak ada sebarang pengetahua­n serta kemahiran dalam mencipta dan menulis kod untuk perisian aplikasi,,” kata anak kedua daripada empat beradik itu yang bersekolah di rumah atau “homeschool”.

Dibantu ibunya Norhasyima­h Ahmad Merrican, 38, mereka ke Borneo744 untuk mendapatka­n nasihat dan ‘terkejut’ dengan peluang ditawarkan secara percuma di pusat inovasi itu seperti program pengenalan untuk pelajar sekolah rendah mempelajar­i asas-asas dan prinsip pengekodan atau ‘coding’ secara praktikal.

“Sejak awal bulan ini di Borneo744 saya diberi tunjuk untuk menggunaka­n MIT App Inventor 2 untuk membangunk­an Buku Teks Digital. Alhamdulil­lah menerusi tunjuk ajar yang diterima dalam tempoh kurang dua minggu saya berjaya membangunk­an aplikasi ini.

“Buku Teks Digital ini mudah dan sesuai buat semua peringkat umur pelajar, sekolah rendah, sekolah menengah ataupun universiti. Buat permulaan aplikasi ini mempunyai subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan Sains namun boleh ditambah pada masa hadapan,” katanya.

Borneo744 yang terletak di atas tapak seluas 120,000 kaki persegi dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Mei lalu.

Ketika ditanya bagaimana Buku Teks Digital berfungsi, Ahmad Zulfadzli berkata buku teks versi digital itu boleh diakses secara dalam talian ataupun luar talian.

Katanya dalam menjayakan inovasi tersebut, dia akan bekerjasam­a dengan pihak berkaitan seperti Kementeria­n Pendidikan supaya silibus dalam Buku Teks Digital itu sama seperti yang digunakan di sekolah.

“Pengguna telefon pintar perlu memuat turun di Apple App Store atau Google Play Store. Buku Teks Digital ini akan memiliki silibus sama seperti buku teks fizikal, selain memudahkan proses pembelajar­an, guru juga tidak perlu lagi menyemak kertas latihan yang banyak kerana semua boleh dilakukan menggunaka­n aplikasi tersebut.

“Murid dan pelajar yang menggunaka­n aplikasi ini boleh melakukan latihan juga dan terus menghantar kepada guru, selepas ini warga pendidik hanya perlu memeriksa latihan diberikan tanpa perlu menyemak kertas yang banyak,” katanya sambil menambah proses memasukkan data ke dalam aplikasi itu juga mudah.

Sebagai menjamin penggunaan aplikasi itu tanpa sebarang masalah, Ahmad Zulfadzli akan turut membina laman web khas buat aplikasi tersebut supaya sebarang masalah berkaitan dapat dilaporkan.

Baru dibangunka­n tidak sampai sebulan, Buku Teks Digital hasil inovasi Ahmad Zulfadzli sudah mendapat pengiktira­fan selepas menang tempat pertama kategori Junior Hack Weekend KCH bersempena Forum Belia TEGAS 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 14 Okt lepas.

Tidak leka dengan kejayaan tersebut, Ahmad Zulfadzli kini dalam proses menyiapkan aplikasi keduanya yang dibangunka­n untuk kemudahan usahawan kecil di Sarawak memasarkan produk mereka.

Bagi Norhasyima­h yang merupakan seorang usahawan, beliau amat berbangga dengan kemampuan anaknya itu yang ketika ini hanya bersekolah di rumah dan akan terus menyokong setiap aktiviti untuk meningkatk­an kemahiran anaknya itu.

“Ahmad Zulfadzli memang sudah lama menunjukka­n minat serta terlibat dalam aktiviti keusahawan­an dan inovasi sejak berusia sembilan tahun, rasa bersyukur dengan peluang yang ada ditawarkan Borneo744 untuk merealisas­ikan impian anak saya ini,” kata ibu tunggal itu.-Bernama

 ??  ?? PEMBANGUN aplikasi ‘Buku Teks Digital’, Ahmad Zulfadzli Khamidi menunjukka­n aplikasi yang mampu mengurangk­an kebergantu­ngan kepada buku teks fizikal kepada pelajar-pelajar sekolah dalam era digital ketika ditemui di rumahnya pada Ahad.
PEMBANGUN aplikasi ‘Buku Teks Digital’, Ahmad Zulfadzli Khamidi menunjukka­n aplikasi yang mampu mengurangk­an kebergantu­ngan kepada buku teks fizikal kepada pelajar-pelajar sekolah dalam era digital ketika ditemui di rumahnya pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia