Utusan Borneo (Sabah)

Polis tumpaskan kegiatan edar pil ecstasy, tahan empat individu

-

JOHOR BAHRU: Polis menumpaska­n satu sindiket pengedaran dadah di bandar raya ini selepas menangkap empat individu termasuk seorang wanita dan merampas lebih 15,000 pil ecstasy bernilai lebih RM450,000 di sebuah hotel bajet di Setia Tropika, Kempas di sini dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata suspek melibatkan tiga warga tempatan termasuk wanita berkenaan yang masingmasi­ng berusia 26, 29 dan 33 tahun serta seorang rakyat Indonesia berumur 39 tahun.

Mereka ditahan dalam serbuan 1.50 pagi di sebuah bilik di hotel berkenaan dan pemeriksaa­n polis menemukan 15,046 biji pil ecstacy bernilai hampir RM451,930, katanya kepada pemberita, di sini pada Ahad.

Mohd Taib berkata kesemua pil terbabit telah diasing dan dibungkus dalam 15 peket dengan setiap peket seberat 300 gram itu dianggarka­n mengandung­i 1,000 biji pil ecstasy.

Dalam serbuan itu polis turut merampas 5.08 gram dadah disyaki syabu serta wang tunai RM1,000.

“Mereka dipercayai baru pertama kali melakukan kegiatan tersebut dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti individu lain yang terlibat membekalka­n dadah berkenaan kepada mereka,” katanya menambah dadah terbabit dipercayai untuk edaran di premis hiburan di bandar raya ini.

Menurut Mohd Taib ketigatiga suspek warga tempatan berkenaan turut positif syabu dan kesemua mereka termasuk lelaki Indonesia tersebut direman sehingga 26 Okt ini bagi membantu siasatan menurut Sekysen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, beliau berkata bagi tempoh Januari hingga 20 Okt lepas, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara berjaya menahan 1,423 individu berkaitan dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.73 juta.

Daripada jumlah yang ditahan itu, 25 orang merupakan warga asing termasuk Singapura, Vietnam, China dan Indonesia.

 ??  ?? KETUA Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad (dua, kiri) menunjukka­n paket berisi pil ecstasy dan syabu yang dirampas ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Daerah Johor Bahru Utara, Skudai pada Ahad.
KETUA Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad (dua, kiri) menunjukka­n paket berisi pil ecstasy dan syabu yang dirampas ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Daerah Johor Bahru Utara, Skudai pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia