Utusan Borneo (Sabah)

Jumlah sebenar mangsa tertimbus di Tanjung Bungah 11 orang

-

GEORGE TOWN:Jumlah sebenar mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini adalah 11 orang, bukan 14 seperti yang dilaporkan pada Sabtu lepas, kata Penolong Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ervin Galen Teruki.

Beliau berkata tiga lagi pekerja binaan yang sebelum ini termasuk dalam senarai 14 mangsa itu sebenarnya terselamat dan hanya mengalami kecederaan serta dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Setakat ini tujuh mayat ditemui di dalam timbusan tanah itu dan operasi mengesan empat lagi mangsa masih diteruskan oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Enam daripada mayat yang ditemui telah dapat dikeluarka­n dan dihantar ke HPP, dikenali sebagai Hussin dan Yunus (Bangladesh); Hosrin dan Erwin (Indonesia); serta Elyas dan Yusof (Myanmar) manakala usaha mengeluark­an satu lagi mayat yang ditemui pada 9.56 pagi tadi sedang dilakukan.

“Proses mengeluark­an mayat mengalami kesukaran ekoran mayat ketujuh ini tertimbus agak dalam, kawasan tanah basah dan berhampira­n besi-besi cerucuk yang membahayak­an operasi mengeluark­an mayat,” katanya.

Sehubungan itu katanya proses mengeluark­an mayat tersebut terpaksa dilakukan secara manual.

Kejadian tanah runtuh itu dilapor berlaku pada 8.57 pagi Sabtu lepas ketika sekumpulan pekerja binaan sedang menjalanka­n kerja di bahagian bawah tanah bangunan yang sedang dibina itu.

Pasukan mencari dan menyelamat melibatkan 130 orang terdiri daripada polis, pasukan bomba dan penyelamat; Angkatan Pertahanan Awam Malaysia; Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dari Putrajaya, Unit Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia: HPP; Majlis Bandaraya Pulau Pinang; dan Rela dengan dibantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

Ervin Galen berkata pergerakan tanah yang dikesan masih berlaku di kawasan cerun itu menyukarka­n sedikit pihak bom badan penyelamat menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat.

Dianggarka­n 1,000 tan tanah perlu dikeluarka­n dari kawasan runtuhan dan setakat ini pasukan mencari dan menyelamat telah menggali sedalam lebih 20 kaki, katanya. “Pihak pemaju telah menambah sebuah jentolak bersama beberapa buah lori bagi memudahkan urusan mengeluark­an tanah di kawasan runtuhan itu,” katanya.

Pasukan SMART dari Putrajaya turut menggunaka­n peralatan memotong, alat pengesan yang mengunakan imej 2D (2 dimensi) untuk mengimbas objek di bawah runtuhan.

Beliau berharap operasi mengesan mangsa dapat diselesaik­an pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia