Utusan Borneo (Sabah)

Lukisan buih mengubah secangkir kopi

-

BARISTA Korea Selatan Lee Kangbin mengetenga­hkan seni kopi ke tahap lebih tinggi dengan menghasilk­an peniruan mini lukisan tersohor pada kopi berbuih di kafe miliknya di tengah Seoul.

Dengan sentuhan rapi berus dan sudu kecil, Lee yang baharu berusia 26 tahun menghasilk­an salinan adi karya Vincent van Gogh ‘The Starry Night’ dan Edvard Munch ‘The Scream’ menggunaka­n krim pekat yang dicelup dengan pewarna makanan di atas secangkir kopi berbuih.

Hasil proses rumit selama 15 minit itu adalah secangkir kopi sejuk berharga 10,000 won (RM40) yang menyaksika­n meraih ribuan peminat di kafe dan dalam talian.

“Pernah sekali saya melukis ‘The Starry Night’ dan ia kelihatan amat istimewa sebagai lukisan tersohor yang terbentuk di atas kopi.

“Selepas itu, ramai pelanggan memesan kopi tersebut,” jelas Lee sambil menyalin lukisan melalui imej pada telefon pintarnya.

“Pelanggan selalunya meminta saya melukis karya seni kesukaan mereka,” tambah beliau.

SENI ‘LATTE’

Dalam profil Instagramn­ya, beliau kerap memaparkan imej dan video hasil kreativiti­nya yang digelar ‘creamart’.

Lee mengakui tidak pernah belajar melukis.

Beliau mulai menyeduh kopi pada usia 17 tahun semasa menjalani perkhidmat­an ketenteraa­n mandatori dan amat menyukainy­a sehingga terdorong untuk membeli mesin kopi dan membuka kafe pertamanya untuk rakan-rakan seplatun di kemnya dekat sempadan dengan Korea Utara.

Para pelanggan yang berkunjung di kafenya amat menyukai karya seni Lee yang menyalin semula lukisan rumit dan rekaan unik watak kartun Disney seperti Aladdin dan Bambi.

“Saya menonton di televisyen bahawa barista ini melukis pelbagai jenis lukisan tersohor.

“Saya percaya beliau mempunyai bakat semula jadi,” kata Kim Su-kyung, 24, pelajar universiti yang baru-baru ini berkunjung ke kedai Lee yang dinamakan ‘Cafe C. Through’.

Penggunaan kopi perkapita di Korea Selatan meningkat hampir dua kali ganda sejak 1990 kepada 2.3 kilogram seorang, menurut Pertubuhan Kopi Antarabang­sa (ICO), hampir separuh 4.5 kilogram yang diambil pengguna Amerika.

“ Pernah sekali saya melukis ‘The Starry Night’ dan ia kelihatan amat istimewa sebagai lukisan tersohor yang terbentuk di atas kopi. Selepas itu, ramai pelanggan memesan kopi tersebut. LEE KANG-BIN

 ??  ??
 ??  ?? LEE menghasilk­an seni ‘latte’ yang dinamakan ‘creamart’ di kedai kopi miliknya di Seoul. — Gambar Reuters
LEE menghasilk­an seni ‘latte’ yang dinamakan ‘creamart’ di kedai kopi miliknya di Seoul. — Gambar Reuters
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia