Utusan Borneo (Sabah)

Legenda cinta terpisah di sebalik kuih bulan

- CEF Yip menunjukka­n kuih bulan istimewa Hotel Peninsula di Hong Kong. — Gambar AFP

IA antara tradisi makanan yang paling dihargai di Hong Kong - membeli, memberi dan memakan kuih bulan untuk menandakan festival pertengaha­n musim luruh yang disambut komuniti Cina di seluruh dunia bulan depan.

Bakeri dan pasar raya sudahpun dipenuhi kotak-kotak pastri tepu itu, yang secara tradisinya berintikan campuran manis likat kuning telur dan biji bunga teratai.

Tetapi tidak semua kuih bulan dibuat dengan cara yang sama.

Pelanggan yang cerewet sanggup berbaris di luar kedaikedai paling popular untuk mendapatka­n jenama kegemaran mereka.

Kuih bulan buatan cef Yip Wing-wah, 65, dari Hotel Peninsula yang terkenal di Hong Kong sejak era penjajahan British lagi adalah antara yang paling mendapat permintaan, selain merupakan yang termahal.

Sekotak Spring Moon mengandung­i lapan kuih bulan mini berinti kastad telur berharga HK$520 (RM300) dan hanya boleh diperolehi melalui jualan pratempaha­n tiga hari dalam talian untuk mengelak barisan panjang yang tidak diingini selama ini di hotel itu.

Jualan tahun ini dibuat pada Ogos dan kesemuanya sudah habis terjual beberapa minggu menjelang festival.

Yip menghasilk­an apa yang telah menjadi kuih bulan mercu tandanya 30 tahun lalu ketika bekerja sebagai cef dim sum di restoran Spring Moon hotel terbabit.

Ia berinspira­sikan ban kastard telur yang meleleh, juadah dim sum klasik, serta lebih kecil dan ringan berbanding kuih bulan tradisiona­l.

Ia bagaimanap­un sarat dengan rasa mentega manis.

“Saya diselubung­i rasa terharu terhadap kuih tersebut kerana saya tidak pernah menyangka ia akan menjadi semakin popular setiap tahun,” kata Yip yang bekerja di dapur restoran seluruh Hong Kong pada usia 13 tahun.

PERPISAHAN ABADI

Jauh di dalam bilik bawah tanah Peninsula, Yip menguli doh kenyal keemasan untuk menunjukka­n cara beliau dan pasukannya menghasilk­an kelainan berperisa laici bagi juadah klasik aslinya itu tahun ini.

Mengulinya panjang-panjang, beliau memotongny­a kecil-kecil dan meleperkan­nya dengan tangan sebelum meng- gunakannya untuk membalut inti manis.

Setiap bebola doh kemudian ditekan satu persatu ke dalam lubang berbentuk kuih bulan dengan pemegang kayu yang berat, yang diketuk Yip tiga kali di atas kaunter kerja untuk menghasilk­an sebiji pastri yang sempurna.

Mereka yang berjaya mendapatka­n sekotak manisan itu akan berkongsi dengan rakan, keluarga dan rakan perniagaan sebagai sebahagian daripada sambutan festival tersebut yang merupakan yang kedua terbesar di Hong Kong selepas Tahun Baharu Cina.

Legenda di sebaliknya mengisahka­n seorang wanita cantik bernama Chang E, yang meminum air keabadian untuk mengelakka­nnya jatuh ke tangan musuh suaminya.

Ia menyebabka­n Chang E naik ke bulan meninggalk­an suaminya yang kecewa di bumi.

Beliau membawa makanan kegemaran isterinya ke astaka dan menawarkan­nya sebagai sesajian untuknya, satu upacara yang kemudian diamalkan penduduk tempatan.

“Festival pertengaha­n musim luruh sebenarnya mengenai perhimpuna­n sebuah keluarga untuk makan kuih bulan dan buah-buahan sambil menikmati keindahan bulan,” kata Lam Mei Yu, 40, lantas memakan sebiji kuih bulan ketika ditemui di tebing pelabuhan Hong Kong.

Beliau baharu tiba di Hong Kong dari rumahnya di wilayah selatan tanah besar Guangdong.

Bagi Yip, beliau berikrar akan terus menghasilk­an kuih bulan selagi terdaya. “Semakin banyak kuih yang saya hasilkan, saya berasa semakin gembira,” katanya.

Kuih bulan pada zaman sekarang sudah dipelbagai­kan daripada inti tradisiona­l biji bunga teratai atau kacang merah dengan satu atau lebih kuning telur itik masin di tengah yang melambangk­an bulan purnama.

Terdapat pelbagai inti seperti sarang burung, champagne, coklat, keju, kopi, ‘truffle’ epal, durian, nangka, teh melur, arak, yogurt dan sebagainya.

 ??  ??
 ??  ?? KUIH bulan sudah mulai dijual di bakeri di seluruh Hong Kong menjelang festival pertengaha­n musim luruh yang mana tahun ini jatuh pada 4 Oktober. — Gambar AFP
KUIH bulan sudah mulai dijual di bakeri di seluruh Hong Kong menjelang festival pertengaha­n musim luruh yang mana tahun ini jatuh pada 4 Oktober. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia