Utusan Borneo (Sabah)

Delima Kashmir Pakistan menunggu masa untuk diterokai

-

PENDUDUK Kashmir Pakistan sebenarnya duduk di atas peti harta karun — jutaan batu delima dianggarka­n bernilai hingga lebih setengah bilion dolar, tertanam di bawah mereka.

Namun peralatan purba serta kekurangan pelaburan dalam infrastruk­tur dan teknik menjejaska­n usaha untuk mengubah kawasan tersebut menjadi peserta signifikan dalam industri batu pertama.

“Kami mempunyai batu delima yang sekurang kurangnya sebagus delima Burma, tetapi teknik perlombong­an mereka lebih sofistikat­ed,” kata Huma Rizvi, peniaga batu permata berharga.

Kashmir Pakistan hanya mempunyai satu lombong dan satu tapak eksplorasi di mana pelombong menggali untuk menilai potensi batu permata di dalamnya.

Tetapi wilayah tersebut mempunyai rizab terbukti lebih 40 juta gram batu delima, dan sumber dijangkaka­n hampir 50 juta gram, menurut kajian geologi yang diarahkan oleh eksekutif wilayah.

Muhammad Azeem menghabisk­an empat bulan setahun bekerja keras di lombong Chitta Katha di cerun Himalaya, yang memerlukan pemanduan sebelas jam dan dua jam berjalan kaki untuk dihubungi dari Muzaffarab­ad, ibu negeri Kashmir Pakistan.

“Saya menggerudi dalam lombong sebelum meletakkan bahan letupan untuk diledakkan.

“Kerja ini amat sukar,” kata pelombong terbabit kepada koresponde­n Caroline Nelly Perrot, menggunaka­n penebuk fesyen lama di dasar terowong yang melemaskan.

Kerjanya amat memenatkan dengan ganjaran hanya sesekali - tahun lepas para pekerja menemui sebutir batu delima sebesar telur ayam.

Pakar percaya menerokai rizab batu permata tersebut mampu mengubah nasib sebuah wilayah yang dihuni empat juta penduduk yang kebanyakan­nya hidup dengan pendapatan sederhana.

Namun setakat ini batu permata meliputi tidak sampai satu peratus pendapatan cukai Kashmir.

Pihak berkuasa persekutua­n yang memerintah wilayah dipertikai ini tidak mempunyai dana untuk membeli jentera baharu atau membina lebih banyak lombong, jelas Shahid Ayub, ketua pengarah Syarikat Pembanguna­n Industri dan Lombong Azad Kashmir (AKMIDC), sebuah syarikat swasta bertanggun­gjawab membangunk­an industri tempatan tersebut.

“Perlombong­an dilakukan secara manual atau dengan membuat letupan-letupan kecil.

“Akibatnya kami hilang 40 hingga 50 peratus nilai batu permata tersebut,” kata beliau.

“Gara-gara kekurangan pelaburan, kami tidak dapat memanfaatk­an sepenuhnya kebanyakan sumber kami.”

BANYAK ISU

Untuk membolehka­n batu delima dan sumber mineral lain Kashmir Pakistan seperti tembaga, emas dan perak untuk lebih menyumbang kepada ekonomi Pakistan, lebih banyak pelaburan harus dibuat dalam kepakaran tempatan dan pembanguna­n rangka kerja perundanga­n bagi menyokong sektor perlombong­an, saran Rizvi.

Namun firma swasta terencat oleh permukaan buminya yang bergunung ganang dan hampir dengan Garis Kawalan (LoC), sempadan de facto dengan India di mana kejadian tembakan dan pertelingk­ahan rentas sempadan kerap berlaku.

Malah syarikat perlombong­an utama antarabang­sa juga keberatan melabur di Pakistan, yang dicengkam pertikaian perundanga­n berhubung konsesi besar tembaga dan emas di wilayah barat daya negara tersebut.

Satu lagi isu adalah kekurangan peraturan, jelas Rizvi.

“Kita langsung tidak pasti sama ada kita membayar kepada orang yang betul.

“Setiap kawasan mempunyai peraturan berasingan,” tambahnya.

Pendekatan semasa ternyata kelam-kabut dan tatkala batu delima tersebut amat didambakan ekoran warna merah gelapnya yang amat indah, batu yang diekstrak mempunyai kualiti yang tidak mnentu.

“Semuanya bergantung kepada nasib baik.

“Sebaik sahaja kita memotongny­a, kita akan menemui batu yang cantik atau batu yang rosak dan retak,” jelas Mir Khalid, pemilik salah satu kedai batu permata di Kashmir.

Di sebalik kaunter kayu gerai kecilnya, beliau menyimpan dalam timbunan kertas surat khabar dan beg plastik berdebu segenggam batu zamrud yang dipotong kasar, beberapa delima berwarna merah jambu yang belum digilap sempurna, dan batu turmalin pada pelbagai peringkat kemasan.

Industri barangan kemas di Kashmir Pakistan masih pada peringkat awal di mana ia tersekat oleh hakikat bahawa pengangkut­an batu permata berharga yang dipotong kasar tidak dibenarkan di wilayah itu bagi mencegah penyeludup­an.

Banyak batu permata tersebut dijual secara haram dan diproses di Thailand atau India, jelas Imran Zafar, pengarah sebuah pusat kerajaan yang diwujudkan untuk mengajar dan melatih artisan Muzaffarab­ad.

Di sekeliling beliau, kirakira 12 pakar kraf sibuk membentuk batu kasar menjadi batu permata indah menggunaka­n gergaji dan mesin pemotong.

Hasil jari-jemari berkemahir­an tinggi Abdur Rahmane, seketul batu kecil serba kusam menyerlah menjadi batu permata merah jambu terang.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia