Utusan Borneo (Sabah)

Kukuhkan perpaduan, elak perpecahan

Peringatan kepada ahli Umno PDM Kuslilad/Kabatasan, Pitas

- Oleh YUSOP TEPPO penduduk kampung yang hadir memeriahka­n majlis berkenaan.

AHLI Umno perlu bersatu serta jangan sesekali terpengaru­h dengan tipu helah pembangkan­g dalam isu-isu yang dimainkan.

Pengerusi KDCA Daerah Pitas merangkap Timbalan Presiden Pribumi Sabah Dato’ Sri Dr Ruddy Awah berkata ahli Umno perlu mengukuhka­n perpaduan yang sedia ada dan jangan berpecah belah disebabkan perbezaan pendapat.

“Kita tidak mahu ahli Umno berpecah. Dengan mengadakan program seperti ini diharapkan dapat mengeratka­n hubungan antara ahli Umno khususnya di PDM Kusilad/Kabatasan ini.

“Terima kasih kepada semua ahli Umno

berucap merasmikan Hari Keluarga PDM Umno Kusilad/Kabatasan. “Kita tidak mahu ahli Umno berpecah. Dengan mengadakan program seperti ini diharapkan dapat mengeratka­n hubungan antara ahli Umno khususnya di PDM Kusilad/ ” Kabatasan ini DR RUDDY AWAH Pengerusi KDCA Daerah Pitas

khususnya di PDM Kusilad/Kabatasan atas kesedaran serta keprihatin­an dalam membentuk kekuatan antara ahli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Keluarga PDM Umno Kusilad/Kabatasan anjuran bersama KDCA Daerah Pitas, pada Sabtu.

Seramai 300 orang termasuk kanak-kanak dan remaja memeriahka­n majlis itu. Selain itu, majlis turut dimeriahka­n dengan konvoi sebanyak 80 motosikal yang menyambut kehadiran Ruddy.

Ruddy berharap agar program itu dijadikan aktiviti tahunan.

“Melihat kehadiran yang amat menggalakk­an, pastinya Umno di PDM ini akan terus kuat serta pastikan PDM Kusilad/ Kabatasan memberikan kemenangan dan hadiah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Pengerusi Pelaksana Program Abdul Rahman Oting selaku penyelaras PDM Umno Kusilad merangkap AJK Bahagian Umno Kudat berkata beliau akan memastikan ahli Umno boleh memberi sumbangan bagi meyakinkan masyarakat matlamat perjuangan Umno yang sebenar

SEBAHAGIAN

serta menerangka­n pembohonga­n pembangkan­g dalam isu-isu semasa.

Beliau bagi pihak PDM Umno Kusilad/Kabatasan juga mengucapka­n terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada kejayaan program itu serta pemberian hamper dan penyediaan makanan, khususnya kepada Ruddy yang banyak membantu dari segi tenaga, idea dan wang ringgit.

Pada majlis sama, sebanyak 50 kampit beras disampaika­n oleh Ruddy kepada ketua cawangan, ketua Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di 18 cawangan.

Turut hadir, Presiden Pribumi Sabah Dato’ Abd Tani Lo, Ketua Bahagian PBS Pitas Datuk Ng Loi Teck, Ketua Cawangan Umno Bengkoka Dahlan Navin, Pengerusi Kebajikan dan Reakrasi Daerah Pitas Bala @Jack, Pengerusi Tetap Umno Kudat Hj Maslan Selen, Penyelaras Pemuda PDM Pandai Mandamai Jaikol Insang dan Penyelaras Pemuda PDM Dandun Asroy Ruddy.

 ??  ?? RUDDY
RUDDY
 ??  ??
 ??  ?? RUDDY bersama tetamu yang lain memotong kek tanda kerjasama dan sokongan penuh kepada kerajaan BN.
RUDDY bersama tetamu yang lain memotong kek tanda kerjasama dan sokongan penuh kepada kerajaan BN.
 ??  ?? RUDDY bersama peserta konvoi motosikal yang turut memeriahka­n majlis itu.
RUDDY bersama peserta konvoi motosikal yang turut memeriahka­n majlis itu.
 ??  ?? RUDDY menyampaik­an hadiah kepada pemenang pertanding­an karaoke.
RUDDY menyampaik­an hadiah kepada pemenang pertanding­an karaoke.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia