Utusan Borneo (Sabah)

Bajet 2018 dijangka pacu prestasi ringgit

-

KUALA LUMPUR: Jangkaan Bajet 2018 yang akan dibentangk­an di Parlimen pada 27 Oktober ini menjanjika­n perkara yang positif, diunjur turut memacu permintaan terhadap ringgit pada minggu ini, kata para peniaga.

Bagaimanap­un, mereka turut mengingatk­an bahawa pergerakan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) juga berkemungk­inan dikekang tindakan AS yang meluluskan pelan induk belanjawan­nya bagi tahun fiskal 2018.

Dewan Senat AS yang dikuasai Parti Republikan, meluluskan pelan induk belanjawan berkenaan pada Khamis yang menyaksika­n dolar AS tinggi berbanding kelompok mata wang utama.

Malah, kelulusan itu akan turut membuka jalan bagi potongan cukai dan perundanga­n lain tanpa sokongan daripada Parti Demokrat.

“Ini meningkatk­an lagi harapan terhadap rangsangan fiskal bagi ekonomi AS dan memberi jaminan positif terhadap mata wang yang dianggap selamat itu,” kata seorang peniaga kepada Bernama.

Sementara itu di peringkat tempatan, kalangan penganalis­is dan ahli ekonomi menjangkak­an Bajet 2018 yang akan dibentangk­an oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat depan, akan menumpukan usaha memenuhi keperluan golongan isi rumah 40 peratus berpendapa­tan terendah (B40).

Bagi asas perbanding­an Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan rendah pada paras 4.2240/2260 berbanding dolar daripada 4.2200/2240, sebelum ini.

Ringgit sebaliknya tinggi berbanding mata wang lain. Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1057/1085 daripada 3.1146/1187 pada Jumaat lepas, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7252/7279 daripada 3.7638/7677 dan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.5512/5555 daripada 5.5995/5065.

Ringgit juga tinggi berbanding euro pada 4.9885/9922 daripada 4.9918/9970 berikutan kelemahan mata wang berkenaan akibat krisis Catalonia di Sepanyol.

Pasaran tempatan ditutup pada Rabu bersempena Deepavali.

 ?? — Gambar Reuters ?? WANG BAKI: Seorang peniaga mengira wang baki untuk pelanggan di Durban pada 8 September 2015.
— Gambar Reuters WANG BAKI: Seorang peniaga mengira wang baki untuk pelanggan di Durban pada 8 September 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia