Utusan Borneo (Sabah)

Sahut seruan capai pendapatan tinggi menjelang 2030: Dr Rayong

-

ENGKILILI: Rakyat terutama masyarakat luar bandar harus menyahut seruan kerajaan yang mahu setiap isi rumah berpendapa­tan tinggi menjelang tahun 2030.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa berkata adalah misi dan visi kerajaan di bawah Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menyasar pendapatan rakyat terutama luar bandar sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan.

“Justeru beliau mengarahka­n timbalanny­a Datuk Amar Douglas Uggah Embas mencari pelan terbaik meningkatk­an pendapatan isi rumah masyarakat luar bandar yakni membangunk­an tanah masing-masing.

“Ini kerana hanya dengan cara itu dapat menambah pendapatan seterusnya mengeluark­an masyarakat dari kepompong kemiskinan,” ujarnya.

Dr Rayong berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Infaq, Sedekah, Jariah/Penyerahan CSR Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Penutupan Bengkel Fertigasi Cili di Dewan Kecil Engkilili di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu, Dr Rayong berpendapa­t program anjuran AIM ini tepat pada masanya kerana selain menganjurk­an siri ceramah turut memberi pinjaman tanpa faedah kepada para ahli-ahlinya.

“Saya difahamkan pinjaman tersebut terbuka kepada semua orang dengan syarat harus menjadi ahli kelab Sahabat AIM,” katanya sambil menambah sangat menyokong program demi manfaat bersama khusus dalam membantu kerajaan mencapai misi rakyat berpendapa­tan tinggi.

Bercakap lanjut, beliau mahu para peserta kursus serta masyarakat di luar sana dapat mengusahak­an tanah mengikut minat, kepakaran serta permintaan pasaran terhadap produk keluaran mereka.

“Paling utama ialah menjadikan bidang pertanian dan penternaka­n sebagai perniagaan dan menukar kaedah konvension­al kepada moden untuk tujuan eksport,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia