Utusan Borneo (Sabah)

Program pembanguna­n bantu rakyat Baram perkasa ekonomi

-

LONG LAPUT, BARAM: Program pembanguna­n dilaksana di kawasan Baram bukan bertujuan menyusahka­n rakyat, sebaliknya ia adalah langkah kerajaan membantu dan memperkasa ekonomi rakyat pedalaman.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, berbanding tempat tempat lain di Sarawak dalam aspek infrastruk­tur, bekalan air, elektrik dan ekonomi, kawasan Baram masih ketinggala­n.

Berucap semasa majlis penyerahan pokok benih getah dan pelancaran tapak rumah panjang baharu di Long Laput Eda Beran pada Sabtu, Uggah berkata Baram mempunyai potensi tinggi dalam kegiatan pertanian.

“Tugas kami di kementeria­n dan wakil rakyat di kawasan ini adalah untuk menerangka­n apa-apa program yang hendak dijalankan. Berdasarka­n sejarah lepas, semua program diatur kerajaan bukan program untuk merosakkan dan menyusahka­n rakyat sebaliknya untuk membantu rakyat.

“Justeru, rakyat tidak perlu bergaduh sebaliknya apa sahaja pandangan terhadap sesuatu program harus dibawa berbincang dengan pemimpin,” kata Uggah sambil menambah kejayaan setiap program memerlukan kerjasama semua.

Uggah juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah memberitah­u, sebagai contoh kabinet telah meluluskan 208 hektar untuk projek tanaman getah di Long Laput.

Katanya, projek getah itu merupakan salah satu pendekatan program pembanguna­n untuk memperkasa pendapatan rakyat di Baram.

“Projek tanaman getah ini adalah milik kamu manakala kerajaan hanya menyediaka­n kemudahan. Justeru kamu harus menjaga tanaman dengan baik bagi memastikan ia memberi hasil yang maksimum,” kata Uggah.

Dalam perkembang­an lain, pembanguna­n strategik dan komprehens­if di kawasan tanah tinggi Baram perlu dirancang dengan teliti agar setiap program dirangka dapat dilaksanak­an secara berkesan.

Uggah berkata kawasan tanah tinggi Baram mempunyai potensi besar dibangunka­n sebagai hab pertanian kerana cuaca di situ amat sesuai untuk penanaman tanaman beriklim.

Katanya, usaha membangunk­an kawasan Baram melalui pertanian bertepatan dengan dasar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kawasan luar bandar sama-sama dimajukan dengan harapan pada satu hari nanti dapat merasai nikmat pembanguna­n.

Katanya, pada lawatan tahun lepas, Najib telah memberikan pinjaman rumah panjang dan juga kebun ladang getah 208 hektar.

“Inilah bukti bahawa mereka pemimpin kita peringkat persekutua­n tidak lupa orang Sarawak.

“Begitu juga di peringkat negeri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg meneruskan usaha transforma­si kawasan luar bandar kerana kawasan luar bandar masih ketinggala­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia