Utusan Borneo (Sabah)

DBKK lancar Kempen Hapus Lilatin

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Kempen Hapus Lilatin usaha Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) banteras pembiakan lipas, lalat, tikus dan nyamuk (Lilatin) secara komprehens­if.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong berkata, pelancaran kempen berkenaan sememangny­a tepat pada masanya.

Menurutnya, banyak laporan dan aduan diterima membabitka­n kehadiran Lilatin di beberapa tempat di kawasan bandaraya.

“Kita semua tahu keburukan Lilatin yang sinonim dengan penularan pelbagai jenis penyakit.

“Ia termasukla­h keracunan makanan, kolera, demam denggi, hawar dan leptospiro­sis yang sangat bahaya serta boleh mengakibat­kan kematian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurn­akan majlis pelancaran Kempen Hapus Lilatin di sini pada Ahad.

E d wa r d berkata, kehadiran Lilatin juga berpunca daripada tabiat masyarakat sendiri yang tidak menjaga kebersihan persekitar­an.

Katanya, tempat yang kotor serta pengurusan sisa makanan yang tidak terurus boleh mengundang kehadiran Lilatin.

“Antara strategi yang dilaksanak­an menerusi kempen ini termasukla­h menggubal Undang-Undang Kecil pengasinga­n sisa makanan di setiap premis.

“Kita juga akan mendidik masyarakat mengenai kawalan Lilatin, menggiatka­n publisiti dan edaran maklumat yang meluas serta mengadakan Pertanding­an Inovasi Perangkap Tikus.

“Selain itu, turut dilaksanak­an aktiviti kawalan tikus-cari dan musnah, mewujudkan pusat pembelian semula bergerak dan menjalin kerjasama pintar dengan persatuan persatuan ,” jelasnya.

Beliau berkata, menerusi program kawalan tikus Unit Kawalan Vektor Jabatan Kesihatan Persekitar­an Bandaraya D B K K, sebanyak 1,720 ekor tikus ditangkap setakat September tahun ini.

Sehubungan itu, beliau berharap strategi-strategi yang dirancang itu dapat dilaksanak­an dengan baik dan berterusan.

Turut hadir, Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai dan Ketua Pengarah DBKK Datuk Joannes Solidau.

 ??  ?? EDWARD (kiri) bersama Joannes (kanan) meninjau bahan pameran yang disediakan pada majlis itu.
EDWARD (kiri) bersama Joannes (kanan) meninjau bahan pameran yang disediakan pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia