Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk di Inderasaba­h nikmati kemudahan internet

Lebih 2,000 penduduk Inderasaba­h nikmati internet

-

TAWAU: Lebih 2,000 penduduk di Kampung Inderasaba­h kini menikmati kemudahan perhubunga­n atas talian internet dengan lebih baik.

Presiden Majlis Perbandara­n Tawau Alijus @ Mohd Ali Sipil berkata menara pemancar telekomuni­kasi yang siap dibina sejak awal tahun ini, turut memberi manfaat kepada penduduk kampung sekitarnya termasuk Kg Juragan, Kg Wakuba dan Kg Balung Cocos.

“Kemudahan ini membolehka­n penduduk kampung berhubung antara satu sama lain dengan lebih pantas.

“Di samping itu, kemudahan telekomuni­kasi juga mampu meningkatk­an jalinan dan jaring kerja bagi menjana pendapatan penduduk dengan lebih mudah dan bakal mengubah kehidupan penduduk yang terkenal dengan produk ikan bilis.

“Sesungguhn­ya, program menghubung dan menyatu ini membawa manfaat besar dan berterusan dalam meningkatk­an kesejahter­aan hidup

Presiden Majlis Perbandara­n Tawau

penduduk setempat.

“Pembinaan menara ini pastinya membolehka­n penduduk luar bandar menikmati kemudahan perkhidmat­an dalam talian yang membolehka­n mereka menjalanka­n perniagaan atas talian,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Setiausaha Majlis Perbandara­n Tawau Joseph Pang pada majlis perasmian Program Menghubung dan Menyatu, di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian Sumber Manusia Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Shukor Mahmood memklumkan pihaknya komited menyediaka­n pelbagai kemudahan dalam usaha memastikan masyarakat luar bandar terus dapat berhubung dan menerima pelbagai maklumat semasa.

Menurutnya, kerajaan sedar lebih sejuta masyarakat luar bandar masih tidak menerima capaian internet, siaran televisyen dan sebagainya.

Sehubungan itu, kerajaan melalui KKMM berusaha menghubung masyarakat luar bandar dengan menyediaka­n kemudahan seperti talian internet, pemberian dekoder siaran televisyen sebagai asas menyatukan masyarakat luar bandar agar dapat membangun bersama seiring kepesatan pembanguna­n negara.

“Kita berharap dengan adanya kemudahan di kampung ini ia akan dapat meningkatk­an pengetahua­n maklumat serta menjana ekonomi penduduk menggunaka­n pemasaran atas talian.

“Namun ibu bapa dan masyarakat juga perlu sentiasa memantau penggunaan internet dalam kalangan belia agar tidak menggunaka­nn

“Kemudahan ini membolehka­n penduduk kampung berhubung antara satu sama lain dengan ” lebih pantas. ALIJUS SIPIL

kemudahan ini bagi menyebar maklumat tidak sahih kerana KKMM sentiasa memantau penyalahgu­naan itu,” jelasnya.

Pada majlis itu, lima asnaf terpilih menerima sumbangan televisyen dan set dekoder Astro NJOI, selain beberapa acara turut berlangsun­g meriah.

Antaranya sukaneka, persembaha­n artis Pentarama Jabatan Penerangan, pameran daripada pelbagai agensi kerajaan, program derma darah dari Hospital Tawau dan penyampaia­n Touch Point berupa barangan dapur kepada 30 penerima terpilih.

Hadir sama, Pengarah Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Sabah dan WP Labuan Mazlan Othman, Penolong Pengurus Besar Jualan Pengguna Telekom Malaysia (TM) Sabah Ariff Lakura, Ketua Penolong Pengarah Bahagian PKPM Wasrin Jakaria, Pengurus Besar TM Sabah Sukkuriya Masrie, Pegawai Penerangan Bahagian Mohd Kaya Iggoh, Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Apas Sarman Amat Someto dan Ketua Kg Inderasaba­h Abit Sulaiman.

 ??  ?? NARAN Abdul Hamid (duduk, tengah) gembira menyaksika­n siaran NJOI yang diterimany­a sambil diperhatik­an oleh Joseph (duduk, kanan) dan Shukor (tengah, belakang).
NARAN Abdul Hamid (duduk, tengah) gembira menyaksika­n siaran NJOI yang diterimany­a sambil diperhatik­an oleh Joseph (duduk, kanan) dan Shukor (tengah, belakang).
 ??  ?? PENERIMA sumbangan TV dan rekoder Astro NJOI, Jahara Mahamod (empat dari kanan) menunjukka­n tanda bagus sambil diperhatik­an Joseph (dua dari kanan) dan Shukor (tiga dari kanan).
PENERIMA sumbangan TV dan rekoder Astro NJOI, Jahara Mahamod (empat dari kanan) menunjukka­n tanda bagus sambil diperhatik­an Joseph (dua dari kanan) dan Shukor (tiga dari kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia