Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti pelanconga­n tidak terjejas

- -Oleh ALFRED PETRUS

MASIDI ketika ditanya media selepas majlis pelancaran Mitsubishi 4S Sebangga Dunia Sdn Bhd. KOTA KINABALU: Aktiviti pelanconga­n tidak terjejas berikutan berlakunya runtuhan batu di lereng Gunung Kinabalu berhampira­n Sungai Mesilou 2, Kampung Mesilou Kundasang.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata aktiviti pelanconga­n di kawasan sekitar Gunung Kinabalu berjalan seperti biasa.

“Inisden itu tidak menjejaska­n aktiviti pelanconga­n sama sekali di sana.

“Apa yang menjejaska­n aktiviti pelanconga­n seperti pendakian Gunung Kinabalu adalah hujan lebat berterusan baru-baru ini menyebabka­n permukaan gunung agak licin dan berbahaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Mitsubishi 4S Sebangga Dunia Sdn Bhd, di sini pada Ahad.

Katanya runtuhan batu yang berlaku di Gunung Kinabalu itu berkemungk­inan disebabkan oleh gempa bumi pada 2015.

“Hujan lebat dan angin kencang yang terhasil dari Taufan Lan yang melanda Filipina sejak 15 Oktober lalu berkemungk­inan menyebabka­n runtuhan batu di Gunung Kinabalu.

“Dalam pada itu, kelonggara­n yang berlaku pada sebahagian daripada permukaan granit Gunung Kinabalu pada 2015 itu mula jatuh,” katanya.

Jelasnya, seperti mana kenyataan Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamili Nais menerusi laman Facebookny­a, Gunung Kinabalu kini dalam proses penstabila­n selepas berlakunya gempa bumi dua tahun lalu di kawasan itu.

Sementara itu, Masidi menasihatk­an kepada penduduk sekitar yang mana berlakunya insiden berkenaan agar tidak risau dengan keadaan itu.

“Kejadian runtuhan batu itu terletak 1.5 kilometer sebelah ulu bekas Mesilau Nature Resort dekat Stesen Taman Kinabalu Masilou,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia