Utusan Borneo (Sabah)

Lahir pelajar berkualiti

PIBG dan sekolah perlu bekerjasam­a

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kerjasama dan hubungan erat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak sekolah adalah perlu bagi melahirkan pelajar yang berjaya serta berkualiti.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata ia disebabkan muncul pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru-guru pada masa kini dalam mendidik pelajar seperti wujudnya alat komunikasi yang membawa masyarakat ke arah dunia tanpa sempadan.

“Pembanguna­n sesebuah institusi juga bergantung kepada keaktifan pentadbir dalam meneraju institusi berkenaan.

“Begitu juga dengan kerjasama yang diberikan oleh PIBG, hubungan erat antara ibu bapa dan guru dapat membina insan atau pelajar yang berjaya dan berkualiti.

“Pada era ini, banyak cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam mendidik ratusan pelajarnya, apa lagi dengan wujudnya pelbagai alat komunikasi yang membawa masyarakat ke arah dunia tanpa sempadan,” katanya ketika berucap pada

TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

Majlis Makan Malam Jubli Intan Maktab Sabah di sini pada Sabtu.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Exco Pendidikan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Musa berkata pelbagai maklumat positif mahupun negatif dapat dicapai oleh pelajar masa kini menerusi alat komunikasi.

“Kita hanya dapat mengawal keadaan ini jika anakanak dapat menyerap ilmu pendidikan dengan baik.

“Oleh itu, Ibu bapa dan guru memainkan peranan yang utama dalam membina masyarakat yang cemerlang dari segi rohani, emosi, jasmani serta intelek.

“Di samping itu, hubungan baik sekolah dan komuniti setempat seperti mantan pelajar Maktab Sabah, polis, hospital dan penduduk sekitar juga dapat membantu sekolah mendidik para pelajar ini,” jelasnya.

Katanya usaha itu penting kerana generasi muda adalah aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembanguna­n masa depan negara.

Sementara itu, Musa yang juga bekas pelajar Maktab Sabah berkata majlis berkenaan adalah kemuncak kepada sambutan ulang tahun Maktab Sabah ke-60.

“Jika dikira dari awal tahun penubuhan Maktab Sabah pada 1957 sehingga sekarang maka, ada enam dekad Maktab Sabah bersama dengan kita dan sesungguhn­ya saya amat berbangga kerana menjadi salah seorang daripada generasi berkenaan.

“Pada tahun ini telah genap usia 60 tahun Maktab Sabah yang mana seiring dengan pembanguna­n Malaysia, Maktab Sabah juga telah mengalami pelbagai perubahan sehingga mempunyai sebuah bangunan baharu yang berdiri gagah di Sabah.

“Sesungguhn­ya, sudah banyak pencapaian dicapai oleh sekolah ini sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulu­m dan keputusan pencapaian akademik para pelajar sentiasa menunjukka­n prestasi setiap tahun di bawah kepimpinan Pengetua Cemerlang Maktab Sabah Datin Nuinda Alias,” katanya.

Tambahnya, sekolah berkenaan juga memperliha­tkan kecemerlan­gan dalam bidang sukan dan aktiviti kebudayaan sehingga peringkat antarabang­sa dan dunia.

Beliau berharap kecemerlan­gan Maktab Sabah itu akan terus berlanjuta­n dengan adanya sokongan daripada pelbagai pihak terutama sekali bekas pelajarnya, bersesuaia­n dengan tema yang didukung oleh sekolah berkenaan.

Turut hadir, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai dan Yang Dipertua PIBG Maktab Sabah Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor.

Pada era ini, banyak cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam mendidik ratusan pelajarnya, apa lagi dengan wujudnya pelbagai alat komunikasi yang membawa masyarakat ke arah dunia tanpa sempadan.

 ??  ?? MASIDI (empat kanan), Nuinda (enam kanan) dan Fatimah (dua kanan) bersama mantan pelajar Maktab Sabah melakukan simbolik sambutan Jubli Intan 60 sekolah berkenaan.
MASIDI (empat kanan), Nuinda (enam kanan) dan Fatimah (dua kanan) bersama mantan pelajar Maktab Sabah melakukan simbolik sambutan Jubli Intan 60 sekolah berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia