Utusan Borneo (Sabah)

Kemungkina­n tanah runtuh di tapak insiden pernah disuarakan

-

GEORGE TOWN: Kemungkina­n berlaku insiden tidak diingini di tapak kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah di sini dikemukaka­n sebanyak dua kali kepada kerajaan negeri Pulau Pinang sejak awal tahun ini, kata gabungan pertubuhan masyarakat Penang Forum.

Wakil mereka Dr Lim Mah Hui berkata kali pertama perkara itu dibangkitk­an oleh Penang Hill Watch (PHW) ialah pada Januari dan kali kedua pada Mei, memohon agar projek tersebut dihentikan kerana khuatir boleh berlaku runtuhan tanah.

“Gambar-gambar kawasan pembinaan dan pemotongan bukit di tapa kini dikemukaka­n kepada kerajaan negeri yang menjawab ‘kerja-kerja tanah di situ sedang dipantau’.

“Laporan kali kedua kami kemukakan berserta hasil siasatan susulan dan kali ini kami tidak menerima sebarang maklum balas daripada kerajaan negeri,” katanya pada sidang media, di sini pada Ahad.

Kedua-dua laporan tersebut dikemukaka­n kepada Exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow.

Penang Forum memulakan PHW, satu inisiatif komuniti untuk menyalurka­n maklumat mengenai pemotongan bukit yang diperoleh daripada masyarakat kepada kerajaan negeri.

Dalam kejadian 8.57 pagi Sabtu lepas itu, tujuh pekerja binaan terbunuh manakala empat lagi dikhuatiri masih tertimbus dalam runtuhan tanah di tapak projek perumahan mampu milik 50 tingkat di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini.

Usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan dan polis percaya mangsa tertimbus sehingga sedalam 10 meter.

Lim berkata dua tahun lepas, Penang Forum menggesa kerajaan negeri pimpinan DAP itu menyemak semula serta menghentik­an projek pembanguna­n di lereng bukit namun tidak dipedulika­n.

“Natijahnya yang begitu memeritkan dapat dilihat hari ini dengan kemungkina­n 11 nyawa terkorban dalam runtuhan tanah di projek lereng bukit di Tanjung Bungah,” katanya.

Katanya dalam Garis Panduan bagi Pembanguna­n di Lereng Bukit, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) Pulau Pinang akan memperkuat unit geoteknika­l mereka yang bertanggun­gjawab memproses dan meluluskan permohonan bagi pembanguna­n di kawasan bukit, diikuti penguatkua­saan yang ketat.

“Soalannya apa yang berlaku selepas itu? Adakah kerajaan negeri dan PBT melaksanak­an garis panduan tersebut atau telah berlaku satu kecuaian melampau,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia