Utusan Borneo (Sabah)

‘Kami mahu sama-sama raikan kelahiran cahaya mata sulung’ : Isteri

-

GEORGE TOWN:“Saya berharap suami saya ditemui dengan selamat agar kami sama-sama dapat menyambut kelahiran cahaya mata sulung kami,” kata isteri kepada seorang daripada mangsa insiden tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini.

Nuraini Rosanti Abdullah, 32, yang hamil tiga bulan, berkata dia dan suaminya, Ali Raza Mohd Jamil, 23, seorang warga Pakistan, baru sahaja menerima khabar gembira yang mereka bakal menjadi ibu bapa tidak lama lagi, namun kini semuanya kelam selepas dia dimaklumka­n mengenai tragedi itu pagi Sabtu lepas.

“Kami baru sahaja melangsung­kan perkahwina­n pada Jun lalu setelah berkenalan di Melaka pada awal tahun ini,” katanya kepada Bernama di luar lokasi kejadian, di sini pada Ahad.

Nuraini yang berasal dari Sulawesi, Indonesia, berkata sejak menerima khabar duka itu daripada bapanya yang juga menetap di sini, hatinya menjadi tidak keruan, namun pada masa sama berharap agar usia suaminya dipanjangk­an.

Dalam kejadian di tapak pembinaan projek rumah mampu milik itu, seramai 11 pekerja disahkan tertimbus dan sehingga kini tujuh mayat berjaya dikeluarka­n.

Nuraini berkata dia dimaklumka­n usaha mencari menyelamat empat lagi termasuk suaminya agak sukar kerana terdapat banyak cerucuk yang perlu dipotong terlebih dahulu.

Menurutnya, Ali Raza berkelakua­n agak pelik beberapa hari sebelum kejadian termasuk hanya mahu makan keropok pada malam sebelum kejadian.

“Kebiasanny­a suami saya sangat suka makan masakan ikan siakap saya, namun sehari sebelum kejadian dia tidak mahu menyentuh makanan itu kerana mengatakan mahu tidur.

“Dia seorang yang sangat penyayang dan pendiam… namun dia amat kurang bercakap kira-kira tiga hari sebelum kejadian itu,” katanya.

 ??  ?? NURAINI kelihatan sugul dan tidak dapat menahan sebak kerana suaminya antara mangsa tanah runtuh di Tanjung Bungah masih belum ditemui hingga kini. GambarBERN­AMA
NURAINI kelihatan sugul dan tidak dapat menahan sebak kerana suaminya antara mangsa tanah runtuh di Tanjung Bungah masih belum ditemui hingga kini. GambarBERN­AMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia