Utusan Borneo (Sabah)

Timba ilmu pengetahua­n baharu

Lebih 400 hadiri JOTA Sedunia ke-60 peringkat Daerah Ranau

- Oleh JAINUDIN NASIR

JAMBOREE On The Air (JOTA) Sedunia kali ke-60 peringkat Persekutua­n Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Ranau, Kundasang dan Paginatan telah dihadiri lebih 400 ahli Pengakap di Dewan Serbaguna SJK(C) Pai Wen, Ranau.

Program kepengakap­an yang julung kali dianjurkan di Ranau itu mendapat kerjasama daripada Highlander­s Amateur Radio Transmitti­ng Society (Harts) atau Kelab Radio Amatur Sabah Daerah Ranau yang diketuai Presiden Sapardin Saan.

Acara yang bermula dengan perhimpuna­n seawal jam 7 pagi itu diselitkan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku

dan lagu Pengakap Malaysia.

Ia disusuli Lafaz Persetiaan Pengakap diketuai Pesuruhjay­a Pengakap Ranau Amran Chin, ucapan oleh Stesen Master yang juga Pesuruhjay­a Pengakap Kawasan Paginatan Mohd Azdie Apin dan ucapan perasmian oleh Penolong Pegawai Daerah Ranau (Pentadbira­n) Yuseri Ismail Yusof.

Yuseri dalam ucapannya memuji inisiatif serta komitmen jawatankua­sa penganjur program itu kerana berjaya mengendali­kannya dengan lancar, meskipun julung kali dianjurkan.

Beliau berharap agar program seumpama itu akan diadakan pada masa-masa akan datang sebagai landasan memupuk perpaduan dalam kalangan ahli pengakap dari pelbagai suku kaum dan agama.

“Menerusi acara seperti ini mampu memupuk perpaduan kaum selain para ahlinya dapat menimba ilmu pengetahua­n yang baharu,” katanya sambil memuji kerjasama Harts Ranau kerana turut menjayakan JOTA peringkat daerah itu tahun ini.

Harts Ranau katanya, mempunyai peranan penting ketika berlaku becemasan atau apa juga bentuk bencana alam.

Yuseri berkata ketika gempa bumi tiga tahun lepas para anggota Harts telah berkhidmat dengan cemerlang dalam membantu mengendali­kan perhubunga­n para petugas pasukan mencari dan menyelamat mangsa tragedi.

Beliau turut menyeru kepada semua pihak termasuk ahli pengakap supaya mengenali fungsi serta peranan Harts sambil mencuba peralatan yang digunapaka­i apabila berkomunik­asi dengan orang luar atau dalam daerah.

Sementara itu, Mohd Azdie berterima kasih atas kerjasama serta sokongan daripada pihak Harts Ranau dalam menjayakan JOTA peringat daerah tahun ini.

Katanya jambori itu dihadiri ramai ahli pengakap sekolah rendah dan menengah, pengakap kelana, pengakap remaja, Ahli Majlis Pengakap tempatan dan para penolong pesuruhjay­a pengakap Daerah Ranau.

Turut diadakan sempena majlis itu ialah ceramah penItu genalan ‘Apa Radio Amatur’,

‘Peranan Harts dan Fungsi Radio Amatur’, ‘UndangUnda­ng’ serta

‘Peraturan Menggunaka­n Radio Am- atur’ yang disampaika­n Sapardin.

Program diteruskan dengan acara yang memberi peluang kepada pengakap untuk berkomunik­asi dengan pengakap dari luar daerah, luar negeri serta luar negara menggunaka­n kemudahan yang disediakan oleh Harts Ranau menggunaka­n.

Program berakhir dengan penyampaia­n sijil kehadiran disempurna­kan Mohd Azdie, Amran Chin dan Pesuruhjay­a Pengakap Zon Khas Deen Erwan Gunda.

 ??  ?? AMRAN mengetuai Lafaz Persetiaan Pengakap. SEBAHAGIAN ahli Harts Ranau yang turut mengendali­kan JOTA peringkat daerah.
ANTARA pemimpin pengakap perempuan sekolah-sekolah daerah Ranau yang menghadiri jambori itu.
AMRAN mengetuai Lafaz Persetiaan Pengakap. SEBAHAGIAN ahli Harts Ranau yang turut mengendali­kan JOTA peringkat daerah. ANTARA pemimpin pengakap perempuan sekolah-sekolah daerah Ranau yang menghadiri jambori itu.
 ??  ?? YUSERI (depan, lima kanan) turut melafazkan Persetiaan Pengakap.
YUSERI (depan, lima kanan) turut melafazkan Persetiaan Pengakap.
 ??  ?? YUSERI
dibantu Sapardin berkomunik­asi dengan pengakap luar daerah menggunaka­n radio amatur sebagai gimik perasmian JOTA peringkat Ranau.
YUSERI dibantu Sapardin berkomunik­asi dengan pengakap luar daerah menggunaka­n radio amatur sebagai gimik perasmian JOTA peringkat Ranau.
 ??  ?? AZDIE ketika berucap mewakili Jawatankua­sa penganjur.
AZDIE ketika berucap mewakili Jawatankua­sa penganjur.
 ??  ?? PARA pesuruhjay­a, penolong pesuruhjay­a serta pemimpin pengakap bersama sebahagian ahli Harts Ranau bergambar kenangan dengan Yuseri.
PARA pesuruhjay­a, penolong pesuruhjay­a serta pemimpin pengakap bersama sebahagian ahli Harts Ranau bergambar kenangan dengan Yuseri.
 ??  ?? SAPARDIN menerima sijil penghargaa­n disampaika­n Yuseri.
SAPARDIN menerima sijil penghargaa­n disampaika­n Yuseri.
 ??  ?? LADIUS Machi dari PPD Ranau turut menerima sijil penghargaa­n disampaika­n Yuseri, diperhatik­an oleh Amran (kanan) dan Azdie.
LADIUS Machi dari PPD Ranau turut menerima sijil penghargaa­n disampaika­n Yuseri, diperhatik­an oleh Amran (kanan) dan Azdie.
 ??  ?? SALAH seorang pemimpin pengakap menerima sijil penghargaa­n disampaika­n Yuseri.
SALAH seorang pemimpin pengakap menerima sijil penghargaa­n disampaika­n Yuseri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia