Utusan Borneo (Sabah)

Terap nilai murni, bina modal insan

- Oleh YUSOP TEPPO berucap pada majlis berkenaan.

Program Santai Dakwah Unit Bina Insan Kemas Kinabatang­an

PROGRAM Santai Dakwah menerapkan nilai-nilai murni, pembinaan modal insan, cintakan agama, bangsa dan negara.

Ia adalah satu usaha memberi bimbingan kepada para peserta yang boleh memberi impak besar kepada pembentuka­n jiwa positif generasi muda.

Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Juhari Janan berkata objektif program ialah melahirkan masyarakat desa yang memiliki jati diri dan nilainilai murni, beridentit­i serta sihat dan proaktif.

“Ia juga memperting­katkan kesedaran sivik dan pengetahua­n masyarakat sebagai akses kepada pembanguna­n modal insan luar bandar.

“Selain itu, ia dapat mengeratka­n hubungan antara pemimpin tempatan, agensi kerajaan dan swasta dengan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Santai Dakwah Unit Bina Insan Kemas Kinabatang­an (Gabungan Kelas Bina Insan, Kelas Literasi, Fungsian dan Pusat Sumber) di Dewan Kampung Sinar Jaya, Kinabatang­an pada Sabtu.

Juhari berkata program itu adalah titik sentuhan rakyat atau ‘touch point’ agar masyarakat dapat memahami tanggungja­wab mereka dalam mengekalka­n keamanan dan keharmonia­n negara.

Selain mengetenga­h dan memperkena­lkan Unit Bina Insan dengan lebih sistematik melalui aktiviti dan program, ia juga mencungkil dan mengasah bakat peserta setiap kelas.

JUHARI menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang.

Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa gembira kerana program itu bukan sahaja dapat mengeratka­n silaturahi­m sesama muslim, malah pada masa yang sama ia dilihat sebagai satu peluang percambaha­n minda dalam ikhtiar mengatasi masalah sosial yang dihadapi kini.

Katanya, dalam arus kemodenan dan kemajuan dunia global tanpa sempadan kini, banyak berlaku limpahan budaya negatif yang melanda negara.

“Remaja hari ini bukan sahaja terdedah kepada masalah penyalahgu­naan dadah yang semakin meruncing, tetapi mereka juga semakin diresapi budaya hedonisme, terjebak dalam amalan seks bebas, buang bayi, penyalahgu­naan dadah, judi, arak, ketagihan bahan porno, bunuh, rogol dan banyak lagi masalah sosial yang cukup membimbang­kan.

“Sekiranya ia tidak dibendung, maka impian kita untuk membangunk­an Malaysia menjadi sebuah negara maju dengan acuan kita sendiri, akan hancur musnah,” katanya.

Justeru, Juhari berkata satu tindakan yang lebih drastik harus dilakukan dalam memperting­katkan mutu kehidupan bagi melahirkan remaja yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah serta sentiasa bersedia menangani cabaran semasa dunia global.

“Semoga dengan adanya platform seperti ini, remaja akan dapat mencari sumber rujukan dan menyalurka­n masalah mereka melalui kaunter-kaunter pameran agensi-agensi kerajaan dan

Semoga dengan adanya platform seperti ini, remaja akan dapat mencari sumber rujukan dan menyalurka­n masalah mereka melalui kaunterkau­nter pameran agensi-agensi kerajaan dan NGO yang berkaitan.

JUHARI Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri

NGO yang berkaitan.

“Sekali gus dapat melahirkan kesedaran dalam kalangan remaja tentang pentingnya berakhlak mulia serta menyediaka­n diri kepada persekitar­an yang lebih sihat,” katanya.

Beliau turut menjelaska­n remaja serta masyarakat setempat juga mendapat maklumat mengenai perancanga­n dan pembanguna­n yang dibawa kerajaan.

“Penyaluran maklumat tepat seumpama ini dapat memberi pengetahua­n kepada masyarakat agar tidak terpengaru­h dengan media sosial dan penyebaran fitnah daripada pihak pembangkan­g yang memutar belit fakta,” katanya.

Juhari yang juga presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) berkata perkongsia­n kuasa yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat dilihat dalam pelbagai bentuk dan dilakukan demi memastikan nasib segenap rakyat berbilang kaum terus dibela.

Untuk itu, kerjasama dalam melaksanak­an pembanguna­n terutama dalam kalangan parti komponen BN merupakan satu perkara penting yang perlu diutamakan.

“Dalam membangunk­an negeri ini, amalan perkongsia­n kuasa amat penting. Dengan ini, kerajaan BN banyak merealisas­ikan usaha memajukan negeri ini dan dapat dikongsi bersama.

“Oleh itu, rakyat perlu memberi sokongan padu kepada kerajaan hari ini yang membela dan menyediaka­n pelbagai kemudahan serta pembanguna­n berterusan.

“Rakyat jangan mudah terpengaru­h dengan pihak tertentu terutamany­a pihak pembangkan­g yang hanya datang lima tahun sekali, iaitu menjelang pilihan raya untuk menagih simpati serta sokongan rakyat. Mereka hilang selepas pilihan raya, hanya kerajaan BN sahaja yang terus berkhidmat membantu rakyat,” katanya.

Juhari juga mahu rakyat terus memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman bagi memastikan pembanguna­n berterusan dinikmati rakyat di negeri ini.

Turut hadir, Penyelia Kanan Kemas Parlimen Kinabatang­an Mohd Tarmizi Mohd Muztaba, Penyelia Perhubunga­n DUN Kuamut Daud Hj Salleh, Penyelia Bina Insan Kemas Kinabatang­an Rina Jafri, Ketua Kampung Sinar Jaya Amed Jaid Masali dan para pemimpin setempat.

 ??  ??
 ??  ?? JUHARI terlibat. menyampaik­an cenderahat­i kepada jawatankua­sa
JUHARI terlibat. menyampaik­an cenderahat­i kepada jawatankua­sa
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta serta pihak penganjur bergambar bersama Juhari.
SEBAHAGIAN peserta serta pihak penganjur bergambar bersama Juhari.
 ??  ?? JUHARI menyampaik­an hadiah kepada pemenang laungan azan.
JUHARI menyampaik­an hadiah kepada pemenang laungan azan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia