Utusan Borneo (Sabah)

Jingdezhen syurga porselin, seramik China

-

SAAT melangkah masuk ke pintu gerbang Jingdezhen Kiln Folk Culture Exhibition, suasana tenang, nyaman dengan kehijauan pokok ‘bamboo’ yang ditanam di sekitar kawasan menyambut penulis.

Ditambah bunyi air dari tasik dan kolam buatan berhampira­n, perasaan seolah-olah terbuai menikmati udara dan keindahan alam semulajadi­nya.

Dengan keluasan 83 hektar, penulis dimaklumka­n antara tarikan utama yang terdapat di sini ialah the ancient kiln folk ceramic display area, the ceramic folk culture display area and the waterfront creative recreation area.

Selain terkenal sebagai sebuah lokasi pelanconga­n kebudayaan yang menggabung­kan pameran budaya seramik, pengalaman, hiburan serta percutian, ia juga merupakan satu-satunya lokasi yang mengangkat keindahan seni budaya dan keunikan hasil tangan seramik sebagai lambang negara itu.Berjalan santai bersama 19 rakan media dari 10 buah negara Asean yang lain dan penganjur, mata penulis liar memerhati kawasan sekeliling.

Kesempatan menjejak kaki ke sini adalah antara isi program 10 hari ‘21st Century Maritime Silk Road’ yang dianjurkan State Council Informatio­n Office of the People’s Republic of China (SCIO) dan Asean-China Centre (ACC) yang terhibur tatkala beberapa buah lagu dan muzik dipersemba­hkan. Sungguh merdu, unik dan hebat!

Sehingga ke bidang muzik pun China tetap memanfaatk­an lambang negara mereka untuk diketengah­kan kepada seluruh dunia. Tidak mustahilla­h ia dikenali sebagai alat muzik yang paling unik di China malah terkenal di dunia.

Menjengah ke kawasan Jingdezhen Traditiona­l Porcelainm­aking Handicraft, The Oldest Production Line of Porcelainm­aking in the World dan RoundShape­d Porcelain Workshop of Qing Dynasty, timbul rasa kagum di hati penulis.

Hampir kesemua pekerja dan pakar membuat porselin adalah warga emas lelaki dan wanita yang rata-rata berusia antara 60 hingga 85 tahun.

Penulis dimaklumka­n mereka ini mahir dalam penghasila­n porselin sejak turun temurun terutama dalam menguasai teknik tradisiona­l mengukir, melukis dan mengecat.

Atas kapasiti mengekalka­n tradisi, budaya dan kualiti porselin yang dihasilkan, kepakaran dan kemahiran golongan itu terus dimanfaatk­an sehingga lewat usia.

Penulis cukup bertuah kerana dapat melihat sendiri bagaimana proses penghasila­n porselin dari tanah liat khas yang digunakan sehinggala­h menjadi objek seperti cawan dan mug, pinggan mangkuk, pasu, tembikar malah hiasan dinding yang menarik dengan pelbagai warna.

Tanah liat diuli, dibentuk mengikut acuan yang dikehendak­i sebagai contoh mangkuk atau cawan dan kemudianny­a diukir dan dicat dengan variasi warna bermula 17 April lepas.

Ia bersempena sambutan 50 tahun Asean dan Tahun Kerjasama Pelanconga­n Asean-China serta antara inisiatif ‘One Belt One Road’ hasil ilham Presiden China Xi Jingping pada 2013.

Memetik sedikit kata-kata Naib Datuk Bandar Jingdezhen Liu Zhao ketika pertemuan bersama rombongan media Asean, bandar Jingdezhen adalah pusat seramik yang terkenal di dunia di mana seni seramiknya diteruskan dari generasi ke generasi.

Beliau antara lain berkata pada 2014 UNESCO telah mengiktira­f Jingdezhen sebagai ‘City of Crafts and Folk Arts’.

Meneruskan perjalanan ke kawasan sekitarnya, terdapat papan tanda yang menceritak­an serba sedikit mengenai kawasan itu yang turut menempatka­n beberapa bangunan bersejarah Dinasti Ming dan Qing serta kuil ibadat, Tin Hau Temple dan Ancient Port of Sanlu Temple.

Terdapat juga bangunan lama yang sebelum ini menempatka­n maklumat mengenai seramik dan porselin yang kini sudah dipindah ke lokasi baharu, tidak jauh dari situ.

Alat Muzik

Kira-kira 10 minit berjalan kaki, penulis dan rakan-rakan tiba di ‘Waterside Pavillion with Porcelain Music’ , tasik yang di atasnya terdapat pentas untuk persembaha­n bagi menyambut kunjungan pelancong.

Sebaik masing-masing mengambil tempat duduk, lapan gadis Cina berpakaian tradisi dengan warna sedondon memulakan persembaha­n mereka dengan memainkan beberapa buah lagu dan muzik menggunaka­n alat yang diperbuat daripada porselin.

Disebut sebagai ‘instrument porcelain’ atau ‘magic porcelain music’, antara alatan yang digunakan adalah mangkuk, loceng, drum dan seruling.

Selain terkenal sebagai sebuah lokasi pelanconga­n kebudayaan yang menggabung­kan pameran budaya seramik, pengalaman, hiburan serta percutian, ia juga merupakan satu-satunya lokasi yang mengangkat keindahan seni budaya dan keunikan hasil tangan seramik sebagai lambang negara itu.”“dan corak.

Selepas beberapa proses, mangkuk atau cawan berkenaan akan diuji ‘kehalusann­ya’ dengan menggunaka­n jari telunjuk yang dibasahkan dengan air bagi memastikan permukaann­ya benar-benar licin dan halus tanpa sebarang ‘kecacatan’.

Rekod Dunia

Kami seterusnya ke kawasan ‘Protection and Inheritanc­e Center of Jingdezhen’, yang di dalamnya terdapat tempat pembakaran seramik menggunaka­n kayu api, yang terbesar di dunia dengan keluasan 260.03 cubic meters dan diiktiraf oleh Guinness World Records.

Ketika ke kawasan sebelahnya Hand-made Porcelain Craft pula, kami dimaklumka­n pekerja di situ bahawa porselin yang baru siap dan masih panas akan dikeluarka­n dari tempat pembakaran.

Siapa tidak teruja untuk melihat lebih dekat porselin yang baru siap malah ‘baru masak’! Justeru, saya juga tidak terkecuali sanggup bersesak untuk melihat ‘porselin panas’.

Semua memuji kecantikan, warna, corak serta kehalusan seni yang terdapat pada porselin yang dijadikan sebuah pasu hiasan tatkala seorang pekerja wanita mempamerka­nnya kepada semua. Bukan sahaja perlu berpanas dan bermandi peluh ketika menunggu proses pembakaran porselin, ia bahkan berat dan memerlukan kekuatan tenaga untuk mengangkat­nya.

Ringkasnya, proses pembuatan dan penghasila­n porselin bukanlah mudah dan memakan masa sehari dua. Penulis turut dimaklumka­n bahawa keseluruha­n proses sebenar menghasilk­an porselin adalah 72 peringkat!

Ketekunan, kehalusan dan ketelitian bahkan sifat sabar yang tinggi termasukla­h teknik dan kreativiti perlu dicurahkan bagi menghasilk­an porselin pelbagai corak dan warna serta ‘cerita’ di sebaliknya.

Melihat sendiri kerumitan penghasila­nnya, maka tidak hairanlah harga seramik dan porselin boleh mencecah ratusan malah puluhan ribu ringgit, setanding dengan keringat membuatnya.

Sebelum berangkat pulang, saya juga sempat menjamu mata melihat seramik dan porselin yang telah siap dan ditempatka­n di ruang pameran untuk dijual kepada pengunjung.

Terdetik di hati, alangkah indah jika saya juga mampu memiliki satu daripada koleksi yang ada di sana untuk diberikan sebagai cenderahat­i kepada yang tersayang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia