Utusan Borneo (Sabah)

KKMT galakkan berbudi kepada tanah

-

DILAPORKAN sebelum ini pada tahun 2015, Malaysia mengimport kira-kira RM40 bilion bahan makanan dari luar negara berbanding eksport hanya RM20 bilion.

Angka itu memperliha­tkan betapa tinggi kebergantu­ngan rakyat Malaysia terhadap bahan makanan import, sesuatu yang membimbang­kan dari segi keselamata­n makanan negara ini.

Pelbagai cara dilakukan kerajaan untuk meningkatk­an penghasila­n bahan makanan bagi membantu mengurangk­an kebergantu­ngan makanan yang diimport, daripada melahirkan lebih ramai usahawan tani hingga menyediaka­n bantuan kepada petani sedia ada. Satu daripada langkah kerajaan yang menarik perhatian dapat dilihat melalui Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) di Melaka iaitu ‘menyemai’ kembali amalan bertani dalam kalangan masyarakat setempat.

Rakyat di negara ini terutamany­a di kawasan luar bandar sedikit masa dahulu mengamalka­n amalan pertanian sampingan, iaitu menanam tumbuhan untuk kegunaan makanan harian mereka seperti sayuran dan herba.

Namun modenisasi sedikit sebanyak mengikis amalan berkenaan.

Bagaimanap­un dengan kesibukan hidup dan tugas masyarakat masa kini antara lain menghalang mereka mengikuti kursus atau mentelaah bahan bacaan yang mengambil masa panjang bagi menyemai ilmu pertanian dalam kalangan masyarakat.

Justeru mengambil kira faktor ini, Kolej Komuniti menerima pendekatan konsep pembelajar­an sepanjang hayat, yang mana kolej itu menawarkan kursus pendek bagi memberikan pengetahua­n untuk kegunaan masyarakat setempat.

Pensyarah Kanan KKMT Hasan Mohd Sharif berkata dalam menyemai amalan pertanian dalam kalangan masyarakat setempat, KKMT menyediaka­n kursus pendek pertanian dengan jangka masa satu hingga dua hari.

Antara kursus jangka pendek ditawarkan KKMT ialah tanaman fertigasi, baja organik, kawalan organik, pembiakan pokok dan tana- man pokok tin.

“Dengan ada didikan dan latihan masyarakat setempat boleh menanam dengan cara yang betul seperti cara buat tut, keratan batang dan cantuman memerlukan latihan,” katanya lanjut.

Hasan berkata, bertani bukanlah suatu perkara ‘plug and play’, sebaliknya ia memerlukan ilmu dan kemahiran bagi memastikan amalan itu membuahkan hasil dan tidak menjadi sesuatu yang sia-sia.

“Masyarakat kita perlu didedahkan dengan teknik dan cara yang betul untuk terlibat dalam pertanian supaya mereka boleh melaksanak­an aktiviti pertanian secara sampingan,” katanya.

Tanaman sampingan digunakan dalam masakan harian seperti cili, timun, tomato dan sawi atau tanaman herba seperti daun sup, daun pudina dan daun kari antara tanaman baik bagi memulakan ‘projek’ tanaman sampingan di rumah kerana ia antara tanaman mudah dijaga.

ILMU BERBALOI

Hasan berkata, dengan keadaan ekonomi yang lembab pada masa kini, tanaman sampingan itu mampu sedikit sebanyak membantu meringanka­n kos sara hidup mereka.

“Kalau mahir dalam bidang ini bukan sahaja boleh hasilkan untuk kegunaan sendiri, ia boleh jana pendapatan mereka dengan usahakan secara kecil-kecilan dan tingkat sosioekono­mi mereka,” katanya.

Pembelajar­an kursus pendek itu berpanduka­n konsep ‘hands-on’ di mana peserta akan menjalanka­n kursus secara praktikal mengikut bidang kursus dan kebanyakan kursus ini dilakukan di luar waktu bekerja.

Hasan berkata, kursus pertanian itu dibuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur terutama suri rumah, pesara, lepasan sekolah, penjawat awam dan pekerja swasta.

Yuran adalah antara RM5 hingga RM20, tidak termasuk bahan pembelajar­an, manakala warga emas dan orang kelainan upaya dikecualik­an bayaran yuran.

Peserta kursus pendek akan diberi sijil penyertaan setelah menamatkan tempoh kursus dengan jayanya dan mereka yang berminat boleh menghubung­i KKMT di talian 06-3843703.

Selain pertanian, Hasan berkata, KKMT menyediaka­n kursus dalam bidang landskap yang mana ini terbahagi kepada kursus jangka pendek dan Sijil Landskap.

Kursus jangka pendek dalam landskap yang juga sebahagian daripada segmen pembelajar­an sepanjang hayat kolej itu mengambil masa antara satu hingga dua hari.

Antara kursus yang ditawarkan ialah simen ferro yang digunakan bagi membuat perabut landskap, terrarium, reka bentuk landskap dan penyelengg­araan landskap.

Masyarakat setempat boleh menggunaka­n ilmu landskap diperoleh untuk melakukan kerja landskap di kawasan kediaman atau premis milik mereka sendiri.

 ?? — Gambar Bernama ?? HASAN dan salah seorang pelajarnya menunjukan hasil tanaman pokok cili melalui kaedah fertigasi.
— Gambar Bernama HASAN dan salah seorang pelajarnya menunjukan hasil tanaman pokok cili melalui kaedah fertigasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia