Utusan Borneo (Sabah)

Sebangga Dunia beri khidmat automotif

- Oleh ALFRED PETRUS

PUTATAN: Pelancaran Sebangga Dunia sebagai pengedar sah Mitsubishi Motor s menjadi pusat sehenti Empat S (4S) pertama di Sabah bersama Mitsubishi Motor Malaysia (MMM).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan S e bangga Syahrin Masri berkata ia adalah hasil daripada peluang yang diberikan oleh MMM untuk bekerjasam­a dalam menjalanka­n perniagaan sektor automotif sehingga membawa Sebangga Dunia menjadi pusat sehenti 4S Sabah.

“Dengan bangga kami mengumumka­n bahawa Sebangga Dunia akan menjadi Pusat 4S pertama Sabah dengan sokongan MMM.

“Kami berharap agar dapat menyumbang dan memberi impak besar kepada jenamah Mitsubishi Motor di pasaran Sabah.

“Melalui pusat sehenti 4S ini, Sebangga Dunia kami berbangga untuk membantu masyarakat tempatan melalui Jualan, Perkhidmat­an, Alat Ganti dan Cat Kereta yang mana semuanya terdapat di sini,” katanya.

Syahrin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaraa­n Mitsubishi 4S Sebangga Dunia Sdn Bhd di sini pada Ahad.

Sempena pelancaran pusat sehenti 4S Sebangga Dunia, Kumpulan Sebangga turut mengambil kesempatan untuk memperkena­lkan pacuan empat roda (4WD) SUV Mitusbishi Outlender 2.0 yang baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM Tomoyuki Shinnishi berkata SUV berkenaan sebagai usaha untuk memperluas­kan dan memperkena­lkan lagi jenama berkenaan di Sabah.

Mitusbishi Outlender 2.0 berkenaan dijual dengan harga RM141,205.12 sehingga akhir tahun dengan ciri-ciri menarik dan permberian jaminan selama lima tahun tanpa had jarak perjalanan.

“Menariknya, SUV Mitusbishi Outlender 2.0 adalah kenderaan tujuh tempat duduk dengan harga yang berpatutan masa kini, kenderaan yang terbaik untuk keluarga dengan tujuh beg udara.

“Ia hadir dengan reka bentuk Perlindung­an Dinamik yang kelihatan bergaya warna eksklusif pasaran Malaysia iaitu Ruby Black yang baharu,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata melalui pelancaran pusat sehenti 4S pertama Sabah seumpama itu mampu mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

“Dengan adanya pusat sehenti ini akan memudahkan mereka di luar sana mendapatka­n perkhidmat­an dan alat ganti automotif di satu tempat sahaja.

“Seperti mana yang kita sedia maklum, syarikat ini bukan sahaja memberi perkhidmat­an yang terbaik kepada pelanggan mereka tetapi lebih daripada itu yang mana melatih anakanak tempatan agar dapat mengisi jawatan yang akan diwujudkan dalam sektor automotif ini,” katanya ketika berucap merasmikan pusat berkenaan.

Dalam pada itu, Pengasas Sebangga Auto Sdn Bhd Datuk Arif Ambrose Ng berkata Kumpulan Sebangga mula dikenali masyarakat Sabah sejak ia bertapak di sini.

Katanya Kumpulan Sebangga dengan kerjasama MMM sehingga mewujudkan pusat sehenti 4S pertama Sabah itu adalah jalan terbaik kepada masyarakat Sabah untuk mendapat pekerjaan dalam bidang automotif.

“Kami akan menghantar mereka yang berminat untuk mendapatka­n latihan berkenaan automotif ini.

“Apabila mereka dihantar untuk mendapatka­n latihan ini, mereka akan membawa pulang kepakaran teknikal automotif ke Sabah.

“Dari situ, kami akan mencari peluang perniagaan di kawasan lain dan mereka juga akan melatih masyarakat tempatan lain di tempattemp­at ini,” katanya.

Jelasnya usaha mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat Sabah terbukti apabila 95 peratus daripada kakitangan­nya adalah orang tempatan.

 ??  ?? DARI kiri: Arif, Masidi dan Tomoyuki menyempurn­akan simbolik perasmian pusat sehenti 4S Sebangga Dunia berkenaan.
DARI kiri: Arif, Masidi dan Tomoyuki menyempurn­akan simbolik perasmian pusat sehenti 4S Sebangga Dunia berkenaan.
 ??  ?? ARIF (tiga kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Masidi (dua kiri).
ARIF (tiga kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Masidi (dua kiri).
 ??  ?? (Gambar atas) MASIDI (kanan) menandatan­gani plak perasmian pusat itu sambil disaksikan Arif (kiri). (Gambar kanan) DARI kanan: Arif, Masidi, Tomoyuki dan Syahrin merakamkan gambar kenangan bersama SUV Mitusbishi Outlender 2.0.
(Gambar atas) MASIDI (kanan) menandatan­gani plak perasmian pusat itu sambil disaksikan Arif (kiri). (Gambar kanan) DARI kanan: Arif, Masidi, Tomoyuki dan Syahrin merakamkan gambar kenangan bersama SUV Mitusbishi Outlender 2.0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia