Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa banjir dapat pembelaan

Shahidan pastikan 2,113 mangsa banjir dapat kemudahan dan bekalan makanan

-

MANGSA banjir di daerah ini yang berjumlah 2,113 orang di sembilan pusat pemindahan terus mendapat pembelaan kerajaan.

Terbaharu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang tiba di ibu negeri pada jam 8.20 malam Sabtu, bergegas ke pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Masyarakat Tun Said, Kota Belud, kira-kira jam 9.50 malam.

Beliau yang diiringi Pegawai Daerah Abdul Gari Itam meneruskan lawatan ke Dewan SMK Taun Gusi I pada jam 11.55 malam bagi meninjau keperluan serta respon mangsa banjir, dan mendapatka­n perkembang­an operasi di pusat pemindahan daripada para petugas dan agensi-agensi yang terlibat, sebelum kembali ke Kota Kinabalu pada jam 1 pagi.

Shahidan turut dijadualka­n menghadiri sidang media di Kapal KM Arau, Jeti Tentera Laut Diraja Malaysia di Sepanggar pada jam 9 pagi Ahad.

Terdahulu, Shaidan ketika sidang media di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) memaklumka­n kerajaan mahu operasi di pusat pemindahan berjalan lancar dan tinjauan dilakukan beliau itu bertujuan memastikan semua mangsa mendapat kemudahan dan bekalan makanan yang mencukupi. “Perkembang­an bencana di Sabah setakat ini melibatkan tanah runtuh di Penampang serta banjir di Kota Belud dan Tuaran. “Mangsa tanah runtuh adalah 34 orang dari sembilan keluarga, manakala mangsa banjir di kedua-dua daerah pula berjumlah 2,396, kini berada di 11 pusat pemindahan. “Kita akan cuba memberikan yang terbaik kepada semua mangsa terlibat dengan memastikan mereka selamat serta mendapat kemudahan yang mencukupi,” katanya.

Banjir yang melanda 26 kampung di Kota Belud mel- ibatkan 705 keluarga yang turut ditempatka­n di tujuh lagi pusat pemindahan iaitu Dewan Muhibbah Tombol, Dewan Gopog Kg Taginambur, Dewan SMK Agama Tun Said, Dewan SMK Taun Gusi I, SK Pekan I, Kompleks Sukan Butong dan SK Taun Gusi.

Sementara itu, paras bacaan air juga dilaporkan telah menurun ke tahap baik.

DATUK SERI SHAHIDAN KASSIM Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Kita akan cuba memberikan yang terbaik kepada semua mangsa terlibat dengan memastikan mereka selamat serta mendapat kemudahan yang mencukupi.

 ??  ?? SHAHIDAN (dua dari kiri, depan) semasa sidang media di LTAKK.
SHAHIDAN (dua dari kiri, depan) semasa sidang media di LTAKK.
 ??  ?? SHAHIDAN bersalaman dengan seorang warga emas juga mangsa banjir.
SHAHIDAN bersalaman dengan seorang warga emas juga mangsa banjir.
 ??  ?? SHAHIDAN mendukung kanak-kanak yang juga mangsa banjir.
SHAHIDAN mendukung kanak-kanak yang juga mangsa banjir.
 ??  ?? ABDUL Gari (dua dari kiri) dan Shahidan (tiga dari kiri) bersalaman dengan mangsa banjir warga emas.
ABDUL Gari (dua dari kiri) dan Shahidan (tiga dari kiri) bersalaman dengan mangsa banjir warga emas.
 ??  ?? SHAHIDAN bertanya khabar kepada mangsa banjir.
SHAHIDAN bertanya khabar kepada mangsa banjir.
 ??  ?? LAWATAN Shahidan ke pusat pemindahan banjir di Kota Belud.
LAWATAN Shahidan ke pusat pemindahan banjir di Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia