Utusan Borneo (Sabah)

‘Only the Brave’ simpan ironi yang perit buat Jeff Bridges

-

MASA bagi pengeluara­n filem terbaharu Jeff Bridges ada ironi yang perit, kisah kru anggota bomba yang terkorban dalam salah satu kebakaran belantara paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Apabila pelakon veteran itu duduk bersama AFP di Beverly Hills untuk membincang­kan ‘Only the Brave’, dia tidak mungkin tahu California akan mengalami minggu kebakaran terburukny­a yang tersendiri, menyebabka­n kematian sekurang-kurangnya 42 orang.

Namun ia adalah bahaya yang tidak pernah jauh dari fikirannya, kata pemenang anugerah Oscar berusia 67 tahun itu, kerana dia sudah kehilangan harta benda dalam kebakaran buruk sejak awal tahun 1990-an.

“Saya kehilangan rumah saya dalam satu kebakaran di Malibu, ia musnah dijilat api. Saya sedang membuat filem dipanggil ‘Blown Away’ dan terdengar berita itu

... dan, ternyata, rumah saya terkena,” katanya kepada AFP.

“Dan kemudian isteri saya, Sue, telah mengosongk­an rumah kami di Santa Barbara sebanyak tiga kali ketika saya tidak ada di rumah kerana membuat filem, semuanya bersendiri­an. Itu adalah satu perkara yang amat besar, mengeluark­an segalanya. Kami tinggal betul-betul di sebelah semua semak ini dan segalanya sangat rapuh sekarang.”

Bridges turut kehilangan 160 hektar ladang ternaknya di Montana dalam satu kebakaran kira-kira lima tahun lalu, dan malah mendapati diri bertarung untuk menyelamat­kan harta seorang rakan, dengan penyodok, dalam satu kebakaran kirakira sedekad sebelum itu.

“Dengan perubahan iklim ini, keadaan semakin rapuh dan rapuh. Saya rasa kita akan melihat lebih banyak

kebakaran, dan syukur kepada Tuhan kita ada orang-orang ini dengan pekerjaan dan keghairaha­n untuk memadamkan­nya,” katanya.

- Api ganas ‘Only

the Brave’, yang ditayangka­n di pawagam AS pada Jumaat, menceritak­an kisah benar sekumpulan lelaki sedemikian, yang dikerahkan pada pagi Jun yang panas di Arizona pada 2013 untuk memadamkan kebakaran ganas yang mengancam bandar Yarnell.

Pada hujung hari itu, kesemua kecuali seorang daripada 20 anggota skuad bomba elit Granite Mountain Hotshots mati.

Ia merupakan kehilangan nyawa terbesar di kalangan anggota bomba Amerika sejak serangan pengganas pada 11 September 2001 dan kebakaran belantara terburuk di AS dalam tempoh lebih 20 tahun.

Bridges berlakon di sisi Josh Brolin, Jennifer Connelly dan Miles Teller sebagai Ketua Bomba Prescott Wildland, Duane Steinbrink, seorang koboi dengan maruah yang tidak digilap dan kebijaksan­aan daripada pengalaman yang menjadikan­nya mentor bagi anggota bomba. “Dalam kes ini, cerita kami mempunyai satu aspek tragis tertentu tetapi filem itu tidak berkisar sekitar itu,” katanya.

“Ia sebenarnya, siapakah orang-orang ini yang menggadai nyawa seperti ini, dan apakah yang membuat orang-orang tersebut?”

Bridges merupakan salah seorang bintang paling dikenali dan sentiasa lumayan di Hollywood – sebahagian daripada dinasti lakonan yang terdiri daripada ibu bapanya, Dorothy dan Lloyd, selain abangnya, Beau.

Dia sudah menerima sebanyak tujuh pencalonan Oscar sejak watak pertamanya sebagai “bayi di stesen kereta api” dalam drama arahan John Cromwell pada 1951 ‘The Company She Keeps’.

Dia memenangi anugerah pelakon terbaik untuk ‘Crazy Heart’ (2009), yang menunjukka­n kemahirann­ya sebagai pemuzik untuk membawa watak Bad Blake yang ketagih arak, seorang lelaki yang bergelut dengan hantu dalam usaha untuk mengembali­kan semula zaman kegemilang­annya.

Dilahirkan pada 4 Disember 1949, karier Bridges mula berkembang dengan lakonannya dalam filem arahan Peter Bogdanovic­h pada 1971 ‘The Last Picture Show’, di mana dia menerima pencalonan Oscar pertamanya.

- Membawa semula watak ‘The Dude’ Sejak

itu, dia telah membawa semua watak daripada mangsa yang selamat dalam nahas pesawat dalam ‘Fearless’ hingga kepada pemalas menua yang ikonik ‘The Dude’ dalam komedi kultus arahan Joel dan Ethan Coen ‘The Big Lebowski’ (1998).

Bridges pernah ditanya dalam banyak temu ramah sejak ‘Lebowski’ sama ada dia berminat untuk membuat filem sekuel atau tidak, biasanya mendorong senyuman manja dan anggukan bersemanga­t.

Adik beradik Coen selalu menyatakan mereka tidak akan membuat filem susulan tetapi ia diumumkan pada Ogos lalu bahawa mereka sudah memberi restu kepada ‘Going Places’, sebuah filem jenayah berdasarka­n komedi Perancis pada 1974, Les Valseuses.

Filem itu juga bertindak sebagai filem sampingan ‘Lebowski’ kerana ia berkisar sekitar John Turturro yang membawa semula wataknya sebagai pembaling boling yang menakutkan, Jesus Quintana, tetapi adik beradik Coen tidak terlibat dan begitu juga Bridges.

“Jika adik beradik itu menjemput saya, saya ada di sana,” katanya mengenai kemungkina­n bagi sekuel sebenar.

“Saya begitu bangga dengan filem itu dan bangga menjadi sebahagian daripadany­a. Orang-orang ini, adik beradik Coen, adalah guru-guru. Mereka membuatnya kelihatan mudah.”

‘The Dude’ memainkan peranan besar dalam imej awam Bridges yang matang dan santai, tetapi pelakon itu sendiri memuji mendiang bapanya, yang berlakon bersamanya dalam ‘Tucker’ (1988) dan ‘Blown Away’ (1994).

Bridges berkata dia tersentuh dengan “kegembiraa­n” yang sentiasa dibawa oleh Lloyd Bridges ke set penggambar­an, yang dia gambarkan sebagai “berjangkit”.

“Kegembiraa­n itu membawa ketenangan, keyakinan,” katanya.

“Dan ia menjadikan­nya lebih mudah untuk kita membuat kerja kita, untuk membuat watak itu mengalir menerusi kita dengan lebih baik, saya rasa kita membuat kerja terbaik kita apabila kita relaks.” — AFP

 ?? -Gambar REUTERS ?? PENGARAH filem ‘Only The Brave’ Joseph Kosinski (kanan) dan penyanyi Dierks Bentley (kiri) bergambar bersama pelakon Taylor Kitsch, James Badge Dale, Jennifer Connelly, Jeff Bridges, Josh Brolin and Miles Teller .
-Gambar REUTERS PENGARAH filem ‘Only The Brave’ Joseph Kosinski (kanan) dan penyanyi Dierks Bentley (kiri) bergambar bersama pelakon Taylor Kitsch, James Badge Dale, Jennifer Connelly, Jeff Bridges, Josh Brolin and Miles Teller .
 ??  ?? JEFF BRIDGES
JEFF BRIDGES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia