Utusan Borneo (Sabah)

116 sertai Kem Bakat SPTS

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Seramai 116 pelajar sekolah menyertai Program Kem Bakat Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) 2017 Peringkat Negeri Sabah dan Labuan yang berlangsun­g di Kompleks Sukan Sandakan (KSS) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinusa, di sini.

Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan Ahmad Yussof Mohamad berkata, program tersebut dianjurkan oleh Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dan dikelolaka­n tahun ini oleh PPD Sandakan dengan kerjasama penuh Pengerusi Teknik (PT) SPTS Negeri mengikut jenis sukan terlibat.

Katanya, kem tersebut melibatkan tiga jenis sukan iaitu hoki, sepak takraw dan gimnastik dengan penyertaan murid sekolah rendah (gimnastik) dan pelajar Tingkatan Satu dan Dua bagi sekolah menengah.

Semua peserta terlibat merupakan murid atau pelajar yang berdaftar di bawah program pembanguna­n bakat sukan di sekolah masingmasi­ng yang diwujudkan sebagai Pusat Latihan Daerah (PLD) mengikut jenis sukan tersebut.

Menurutnya, Kem Bakat SPTS antara lain bertujuan memantap dan meningkatk­an pengetahua­n serta kemahiran para pelajar dalam bidang pelbagai acara sukan berdasarka­n PLD yang diwujudkan di beberapa daerah di Sabah.

Program tahunan itu turut menilai keberkesan­an pelaksanaa­n program pembanguna­n sukan di semua sekolah terlibat, di samping menilai bakat dan prestasi pelajar menerusi pertanding­an yang dijalankan antara sekolah yang menjadi PLD, sekali gus mewakili bahagian/zon masing-masing.

Selain itu, ia juga dapat menerapkan semangat kesukanan yang tinggi, daya saing serta mewujudkan perpaduan selaras dengan konsep ‘sukan untuk semua’ dan ‘perpaduan melalui kokurikulu­m’.

Dalam acara hoki yang diadakan di Stadium Hoki KSS, johan kategori lelaki dimenangi PLD SMK Tenom yang mewakili Bahagian Pedalaman, naib johan PLD SMK Kota Marudu 2 (Bahagian Utara) dan tempat ketiga PLD SMK Likas yang mewakili Bahagian Barat.

Bahagian Sandakan yang diwakili PLD SMK Bukit Garam 2 menduduki tempat ke-4, manakala PLD SMK Pasir Putih Tawau (Bahagian Tenggara) menduduki tempat ke-5.

Bagi kategori perempuan disertai empat pasukan, johan disandang oleh Utara), naib johan PLD SMK Bingkor Keningau (Pedalaman), manakala PLD SMK Kuhara Tawau (Tenggara) dan PLD SMK Telupid (Sandakan) masing-masing menduduki tempat ke-3 dan ke-4.

Acara sepak takraw antara regu menyaksika­n PLD SMK Tinusa (Sandakan) muncul johan, naib johan dimenangi PLD SMK Keningau (Pedalaman), manakala PLD SMK Balung Tawau (Tenggara) menduduki tempat ke-3 dan ke-4 PLD SMK Labuan (Wilayah Persekutua­n Labuan). Sementara itu, PLD SMK Balung menjuarai acara sepak raga bulatan, meletakkan PLD SMK Tinuasa sebagai naib johan, manakala PLD SMK Keningau dan SMK Labuan di tempat ke-3 dan ke-4.

Bagi acara gimnastik, program ‘kem bakat SPTS’ itu yang diadakan di Dewan Gimnastik Kompleks Sukan Sandakan, hanya disertai seramai 24 peserta iaitu murid sekolah rendah dari daerah/ bahagian Sandakan.

Majlis penutupan dan penyampaia­n kem itu di Bilik Serbaguna Asrama Kompleks Sukan Sandakan disempurna­kan oleh Ahmad Yussof Mohamad bagi mewakili Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penyelia Sukan merangkap Penyelaras SPTS Unit Sukan JPN Sabah, Mohamad Zaineh Jali @ Zieco.

 ??  ??
 ??  ?? EMPAT pasukan PLD hoki perempuan yang menyertai Kem Bakat SPTS 2017 di Sandakan. Johan dimenangi PLD SMK Taun Gusi Kota Belud (pasukan depan, kiri).
EMPAT pasukan PLD hoki perempuan yang menyertai Kem Bakat SPTS 2017 di Sandakan. Johan dimenangi PLD SMK Taun Gusi Kota Belud (pasukan depan, kiri).
 ??  ?? EMPAT pasukan PLD sepak takraw yang menyertai Kem Bakat SPTS 2017. Johan dimenangi PLD SMK Tinusa (duduk kanan) bersama PLD Labuan (kiri), PLD SMK Keningau (berdiri kiri) dan PLD SMK Balung Tawau (berdiri kanan).
EMPAT pasukan PLD sepak takraw yang menyertai Kem Bakat SPTS 2017. Johan dimenangi PLD SMK Tinusa (duduk kanan) bersama PLD Labuan (kiri), PLD SMK Keningau (berdiri kiri) dan PLD SMK Balung Tawau (berdiri kanan).
 ??  ?? AHMAD Yussof (kanan) menyampaik­an medal dan sijil penyertaan kepada semua peserta dan pemenang pertanding­an sukan sempena Kem Bakat SPTS 2017.
AHMAD Yussof (kanan) menyampaik­an medal dan sijil penyertaan kepada semua peserta dan pemenang pertanding­an sukan sempena Kem Bakat SPTS 2017.
 ??  ?? PLD SMK Tinusa johan sepak takraw bergambar kenangan bersama Salim Sadah (kiri), PT Sepak Takraw SPTS Negeri Sabah.
PLD SMK Tinusa johan sepak takraw bergambar kenangan bersama Salim Sadah (kiri), PT Sepak Takraw SPTS Negeri Sabah.
 ??  ?? PLD SMK Taun Gusi Kota Belud
(Bahagian SALAH satu aksi menarik peserta gimnastik sempena Kem Bakat SPTS 2017.
PLD SMK Taun Gusi Kota Belud (Bahagian SALAH satu aksi menarik peserta gimnastik sempena Kem Bakat SPTS 2017.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pasukan hoki lelaki yang menyertai Kem Bakat SPTS 2017.
SEBAHAGIAN pasukan hoki lelaki yang menyertai Kem Bakat SPTS 2017.
 ??  ?? PLD SMK Balung Tawau menjuarai acara sepak raga bulatan.
PLD SMK Balung Tawau menjuarai acara sepak raga bulatan.
 ??  ?? PEMAIN lincah hoki perempuan PLD SMK Taun Gusi (jersi no.8) menjaringk­an gol kemenangan menewaskan PLD SMK Bingkor, Keningau.
PEMAIN lincah hoki perempuan PLD SMK Taun Gusi (jersi no.8) menjaringk­an gol kemenangan menewaskan PLD SMK Bingkor, Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia