Utusan Borneo (Sabah)

Lok Yuk dominasi badminton remaja Air Asia-BAM

Liga Remaja Kebangsaan AirAsiaBAM (Peringkat Negeri) Sabah 2017

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Sekolah Menengah (SM) Lok Yuk mendominas­i persaingan Liga Remaja Kebangsaan AirAsia-BAM (Peringkat Negeri) Sabah 2017 yang berakhir di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas pada Ahad.

SM Lok Yuk menjuarai kategori lelaki dan perempuan di kejohanan tiga hari itu yang mendapat tajaan utama dari Syarikat Penerbanga­n terkemuka dunia AirAsia.

Pasukan lelaki SM Lok Yuk memulakan langkah cemerlang dengan menewaskan pasukan SMK Keningau menerusi agregat 3-0 untuk memenangi pingat emas.

Perseorang­an pertama SM Lok Yuk; Neville Baptist Luaran tidak berhadapan masalah besar untuk menundukka­n Mohamed Al Hafizi Suhaimi menerusi keputusan 21-15, 21-10 dalam masa 24 minit untuk mata pertama.

Kejayaan itu memberi moral tinggi untuk pasangan beregu Arthur/Jonathan J. Jonioh mengalahka­n gandingan Philip/Mohd. Fayyed Yaakob sekalipun dipaksa bekerja-keras untuk kemenangan 21-17,21-18 dalam masa 30 minit.

Selepas itu, perseorang­an kedua Ling Dai Hau memastikan kejayaan mut- lak SM Lok Yuk dengan menewaskan Vielson D. Umbol menerusi keputusan 21-18,21-13 dalam masa 25 minit.

Perlawanan penentuan tempat ketiga menyaksika­n SMK Bandau berjaya mengatasi pasukan SMK Tamparuli menerusi agregat 2-1.

Dalam persaingan kategori perempuan pula, SM Lok Yuk mencatat kemenangan 2-1 mengalahka­n SMK Tamparuli untuk bergelar juara.

Perseorang­an pertama Shannia Dedee Richard membuka tirai aksi dengan kejayaan menundukka­n Cassey Rynn Rompog menerusi keputusan 21-9, 21-11 dalam masa 22 minit.

Bagaimanap­un, SMK Tamparuli berjaya bangkit menyamakan kedudukan selepas beregu gandingan Asfarhani Jasnel/Jessica Calvin berjaya menjinakka­n gandingan Elaine Wee/Surraya Voo menerusi keputusan 21-14,21-13 dalam masa 31 minit untuk agregat 1-1.

Mengharung­i perlawanan penentuan, perseorang­an kedua Goh Shuen Tong yang tewas set pertama 17- 21, bangkit penuh bergaya memenangi set kedua dan set penentuan menerusi keputusan 21-13 dan 21-9 menundukka­n Macnella Micheal untuk mata kemenangan SM Lok Yuk.

Aksi perlawanaa­n penentuan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan SMK Bandau selepas menewaskan SMK Bukit Garam menerusi agregat 2-0.

Majlis penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan bersama oleh presiden Persatuan Badminton Sabah (SBA) Janih Bangud dan Penyelia Sukan, Unit Sukan, Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah; Haji Pg. Johari Pg. Ahmad dengan disaksikan oleh timbalan presiden SBA Tamin Zainal serta pengerusi penganjur Golubi Guntarek.

SM Lok Yuk menjuarai kategori lelaki dan perempuan di kejohanan tiga hari itu yang mendapat tajaan utama dari Syarikat Penerbanga­n terkemuka dunia AirAsia.

 ??  ??
 ??  ?? JANIH Bangud (depan tiga kiri) menyampaik­an sijil kejuaraan kepada pasukan SM Lok Yuk.
JANIH Bangud (depan tiga kiri) menyampaik­an sijil kejuaraan kepada pasukan SM Lok Yuk.
 ??  ?? PG. Johari (depan dua kiri) diiringi Golubi (depan kanan) menyampaik­an sijil juara kepada pasukan perempuan SM Lok Yuk.
PG. Johari (depan dua kiri) diiringi Golubi (depan kanan) menyampaik­an sijil juara kepada pasukan perempuan SM Lok Yuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia