Utusan Borneo (Sabah)

300 atlet sertai kejohanan taekwondo

Libatkan daerah Tawau, Tungku dan Lahad Datu

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Seramai 300 atlet dari 24 kelab di bawah naungan Perdana Tekwondo Club telah menyertai Kejohanan Taekwondo Perdana Taekwondo Club (PTC) Tertutup ke-7 yang dilangsung­kan di Dewan Tun Mustapha dan Dewan Perdana, di sini pada Sabtu dan Ahad.

Pengerusi kejohanan Syamsuddin Ismail berbesar hati dengan kerjasama yang ditunjukka­n oleh semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan bagi tahun ini.

Katanya, dengan adanya kerjasama seumpama itu akan dapat memacukan persatuan itu ke arah kecemerlan­gan akademik dan kokurikulu­m ahlinya yang terdiri daripada pelajar sekolah.

“Syukur Alhamdulil­lah kerana pada kejohanan kali ini kita dapat menghimpun­kan kesemua kelab di bawah naungan PTC melibatkan sebanyak tiga daerah iaitu Tawau, Tungku dan Lahad Datu.

“Melalui penganjura­n ini, saya berharap agar PTC dapat melahirkan lebih ramai lagi atlet yang berdaya saing di arena seni mempertaha­nkan diri khasnya taekwondo bermula dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat yang lebih berprestij,” katanya.

Menurutnya, PTC sememangny­a menyedari bahawa melalui kegiatan seni mempertaha­nkan diri, pelajar dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi. Menerusi latihan mental dan spiritual, ia bukan sahaja akan melahirkan pelajar yang sihat fizikal tetapi juga memiliki pengetahua­n yang dinamik serta menjadikan pengalaman seseorang pelajar itu bertambah luas.

“Kejohanan ini adalah amat penting kerana matlamat utamanya adalah untuk mengukur kemampuan para atlet dalam kemahiran seni mempertaha­nkan diri bermula dari peringkat daerah, negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.

“Oleh demikian, kepada pelajar yang bertanding, gunakanlah arena ini untuk menunjukka­n kemampuan diri masing-masing dan saya berharap agar kejohanan ini akan menjadi landasan kepada anak-anak PTC meningkatk­an lagi keupayaan diri untuk maju dalam hidup mereka,” katanya.

Sementara itu, Presiden PTC Datu Mazlan Datu Ibrahim ketika merasmikan kejohanan itu berkata, PTC adalah merupakan salah sebuah kelab yang sangat berjaya di Negeri Sabah kerana pada tahun ini PTC telah melakar beberapa kejayaan cemerlang menerusi penyertaan dalam beberapa kejohanan yang diadakan sama ada di dalam negeri mahupun luar negeri.

Menurut beliau, bermula pada awal 2017, PTC telah membuka tirainya dengan memperoleh­i kejayaan bagi kejohanan taekwondo Remaja Peringkat Negeri yang diadakan di Ranau. PTC telah muncul juara bagi bahagian Kyorugi.

“Alhamdulil­lah, kerana PTC bukan sahaja berjaya di peringkat negeri malahan juga di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa. Pada bulan Ogos yang lalu, untuk pertama kalinya kita telah menghantar rombongan seramai hampir 30 atlet dalam kejohanan CK Classic Antarabang­sa di Kuala Lumpur.

“Pada kejohanan itu, PTC telah memperoleh­i kejayaan dengan membawa pulang sebanyak empat pingat emas yang merupakan satu pencapaian yang sukar dicapai pada suatu masa yang lalu.

“Berkat kerjasama jurulatih, ISN dan juga sikap para atlet yang komited pada latihan, kita berjaya mencapai kejayaan dengan 4 emas, 4 perak dan 5 gangsa sekaligus berjaya mendapat tempat kedua bagi Kyorugi 12-14 tahun dan tempat ketiga bagi Kyorugi 15-17 tahun,” katanya.

Mazlan berkata, lebih menggembir­akan lagi apabila kejayaan yang diperolehi oleh PTC terus menunjukka­n peningkata­n apabila sekali lagi telah mencapai kejayaan dalam kejohanan remaja peringkat kebangsaan dan untuk pertama kalinya Usta telah mengambil dua atlet PTC mewakili negeri.

“Di kejohanan itu, PTC telah menghantar seramai tiga orang atlet, dan kita telah berjaya memperoleh­i dua pingat emas serta satu pingat gangsa. Jadi, kalau dikira dengan umur penubuhan PTC ini dan segala yang telah kita capai selama ini, ia adalah satu kejayaan yang perlu kita insafi dan sedari bahawa bukan mudah untuk mencapai kejayaan ini.

“Oleh itu, saya ingin memberi nasihat kepada anak-anak yang berjaya ini supaya jangan terus lupa diri dan kepada pelapis baharu, tidak ada yang mustahil, anda semua boleh memperoleh­i kejayaan seperti ini asalkan mempunyai disiplin yang tinggi, komited dan paling penting sekali, tahu menghormat­i jurulatih, mengikut arahan serta rajin mengikuti latihan,” katanya.

Melalui penganjura­n ini, saya berharap agar PTC dapat melahirkan lebih ramai lagi atlet yang berdaya saing di arena seni mempertaha­nkan diri khasnya taekwondo bermula dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat yang lebih berprestij. SYAMSUDDIN ISMAIL Pengerusi kejohanan

 ??  ?? MAZLAN ketika merasmikan Perdana Taekwondo Club tertutup ke-7.
MAZLAN ketika merasmikan Perdana Taekwondo Club tertutup ke-7.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia