Utusan Borneo (Sabah)

Tahanan reman Shafie dilanjut empat hari

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Tempoh tahanan reman ke atas bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam siasatan kes penyelewen­gan dana awam kerajaan Persekutua­n bagi projek luar bandar di Sabah bernilai RM1.5 bilion, dilanjutka­n selama empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Cindy McJuce Balitus dalam satu prosiding, petang Isnin.

Shafie yang juga presiden Parti Warisan Sabah tiba di perkaranga­n Mahkamah Kota Kinabalu pada jam 11.30 pagi Isnin sebelum dibawa ke Mahkamah Tinggi bagi mendengar permohonan­nya untuk membatalka­n perintah tahanan reman ke atasnya.

Permohonan beliau untuk membatalka­n perintah tahanan reman terhadapny­a itu yang dikeluarka­n Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada Jumaat lalu atas alasan Seksyen 49 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperuntu­kkan tahanan boleh dibebaskan atas ikat jamin selepas ditahan.

Bagaimanap­un, permohonan beliau diketepika­n Pesuruhjay­a Kehakiman Ismail Brahim kerana perintah reman yang dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah adalah terpakai mengikut Seksyen 3 kanun sama.

Selepas diketepika­n permohonan Shafie di Mahkamah Tinggi, beliau dibawa ke Mahkamah Majistret oleh SPRM bagi melanjutka­n tahanan reman terhadapny­a.

Shafie diwakili enam peguam diketuai Martin Tommy manakala SPRM oleh Pegawai Penyiasat Mohd Faliq Basiruddin, Rozana Abdul Hadi dan Rostam Anip.

Pada 19 Oktober lalu, Shafie ditahan selepas memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM Sabah di sini.

 ??  ?? SHAFIE (berbaju jingga) melambaika­n tangan kepada para penyokongn­ya.
SHAFIE (berbaju jingga) melambaika­n tangan kepada para penyokongn­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia