Utusan Borneo (Sabah)

APM SEDIA HADAPI BENCANA

K’jaan tambah aset perkukuh operasi

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini bersiap-sedia berhadapan sebarang kemungkina­n risiko bencana alam yang dijangka berlaku pada bulan hadapan hingga akhir tahun ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a APM Roslan Wahab berkata persediaan itu melibatkan kelengkapa­n aset dan peralatan serta latihan pemantapan pegawai dan anggotanya.

“Arahan sudah dikeluarka­n di semua peringkat untuk memastikan peralatan dalam keadaan baik termasuk latihan persediaan operasi kecemasan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Program Pasukan Institusi Pertahanan Awam (Pispa) Kolej Komuniti Negeri Sabah 2017 di Dewan Sri di sini pada Isnin.

Katanya, APM sudah menerima tambahan aset 61 lori lima tan, termasuk lima unit di Sabah sebagai tambahan kepada 47 unit sedia ada yang terdapat di seluruh negara.

Menurutnya, aset itu amat penting jika situasi memerlukan untuk menjalanka­n operasi pemindahan mangsa kerana mampu melepasi air tinggi sehingga hampir lima meter.

Aset lain, bot 32 kaki (14 unit), bot Sealages (23 unit), lori handalan tiga tan (55 unit), lori penyelamat (31 unit), lori pasukan khas (dua), ambulans (210 unit), pacuan empat roda (178 unit) serta beberapa lagi.

“Setiap negeri diperuntuk­kan minimum 1,000 hingga 2,000 anggota APM untuk digerakkan membantu dalam operasi menyelamat mangsa bencana alam.

“Pegawai dan anggota APM juga bertindak sebagai sektretari­at di peringkat negeri dan daerah yang menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Roslan berkata APM juga berganding­bahu dengan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) serta menjalin kerjasama dengan komuniti setempat.

Utusan Borneo difahamkan terdapat 17 pejabat APM di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang boleh memainkan peranan dalam menarik minat masyarakat setempat.

Khususnya dalam usaha melibatkan masyarakat menyertai pasukan sebagai barisan hadapan memberikan bantuan awal jika berlaku bencana yang tidak diduga.

Menyentuh Pispa pula, Roslan berkata ia sudah mula aktif dan latihan diberikan ke arah memastikan pegawainya lebih cekap semasa berkhidmat.

Majlis yang turut dihadiri oleh Pengerusi Pispa Negeri Sabah Mohammad Rashid Saad itu menyaksika­n acara pemakaian pangkat kepada empat Pegawai Bersekutu ke Mejar Bersekutu.

Selain itu, 21 pegawai lantikan baharu sebagai Kapten Bersekutu dan penyerahan Sijil Tamat Latihan Asas Pispa KK Sabah kepada 370 pelatih APM dari lapan Kolej Komuniti (KK) di Sabah.

 ??  ?? ROSLAN menyampaik­an piala khas kepada wakil KK Tawau yang memenangi kategori pasukan terbaik keseluruha­n Pispa KK Sabah.
ROSLAN menyampaik­an piala khas kepada wakil KK Tawau yang memenangi kategori pasukan terbaik keseluruha­n Pispa KK Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia