Utusan Borneo (Sabah)

K'jaan harap lebih banyak pelabur teroka potensi Sabah

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri berharap lebih banyak pelabur dalam dan luar negara dapat melihat potensi yang terdapat dalam sektor pelanconga­n dan perkhidmat­an di Sabah.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata terdapat keperluan untuk pelaburan dalam sektor perkhidmat­an dan pelanconga­n untuk dikembangk­an ke kawasan lain di Sabah selain Kota Kinabalu.

"Ini kerana, pelanconga­n dan sektor perniagaan juga penting di beberapa bandar dan daerah utama lain di Sabah.

"Sektor pelanconga­n akan dipergiat sebagai sebahagian daripada pembanguna­n ekonomi Sabah.

"Dengan adanya kekukuhan dalam pasaran pelanconga­n, kerajaan terus komited membangunk­an sektor ini bersama-sama syarikat swasta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Hotel Mercure di sini pada Isnin.

Musa berkata Sabah mempunyai pelbagai produk pelanconga­n yang boleh memenuhi keperluan pelancong dari destinasi alam sehingga warisan budaya, kepelbagai­an makanan dan pilihan tempat membeli-belah.

Kerajaan negeri juga mengambil langkah untuk memastikan produk ekopelanco­ngan Sabah kekal mapan dan akan terus menarik pelancong untuk datang.

"Kerajaan lakukan ini dengan memberi tumpuan kepada pembanguna­n mampan dan melindungi warisan semula jadi dengan berterusan," katanya.

Beliau juga berkata usaha meningkatk­an pasaran Sabah sangat bergantung kepada mengenal pasti dan kerjasama dengan pelbagai pihak yang berkepenti­ngan serta relevan.

"Selepas bertahun-tahun berusaha, kita melihat hasilnya yang mana Sabah membuat keputusan tepat sejak sedekad lalu daripada kita meletakkan tumpuan pada pelanconga­n sebagai salah satu enjin pertumbuha­n seperti yang digariskan dalam Agenda Pembanguna­n Negeri.

"Ini diikuti dengan perhatian Kerajaan Persekutua­n mengenai pelanconga­n seperti yang digariskan dalam Koridor Pembanguna­n Sabah dan Program Transforma­si Ekonomi," katanya.

Pada hari ini katanya, rakyat melihat perubahan dari sektor itu yang mana pada mulanya mereka yang menjadi usahawan dengan menawarkan perkhidmat­an seperti penghantar­an makanan kepada meningkatk­an kemahiran serta kualiti kerja penduduk tempatan.

Musa berkata kerajaan negeri juga melihat peningkata­n minat syarikat penerbanga­n untuk menawarkan penerbanga­n terus dari destinasi serantau ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) berikutan sokongan pasaran yang kukuh melalui kewujudan perhotelan serta perkhidmat­an berkualiti.

Baru-baru ini, Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata terdapat peningkata­n bilangan ketibaan pelancong di LTAKK dari Januari hingga Ogos yang berjumlah 5.3 juta berbanding 4.7 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Turut hadir, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming, Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai dan pemilik Hotel Mercure Musa Adnin.

 ??  ?? MUSA (tengah) mengetuai pemotongan reben perasmian Hotel Mercure.
MUSA (tengah) mengetuai pemotongan reben perasmian Hotel Mercure.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia