Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sokong inisiatif bangunkan ekonomi wanita

Demi kemajuan wanita dalam sektor yang diceburi

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaan terus menyokong inisiatif mana-mana persatuan atau pertubuhan yang komited membangunk­an ekonomi wanita di negeri ini.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, ia penting bagi membawa kehidupan golongan wanita maju ke hadapan seiring dengan aspirasi kerajaan.

“Kerajaan menyokong penuh setiap program melibatkan kaum wanita khususnya menerusi aktiviti yang dijalankan oleh Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS).

“Saya memberi jaminan kepada anda (wanita) bahawa kami (Kerajaan Negeri) akan terus memberi sokongan kepada inisiatif yang dijalankan oleh Persatuan Usahawan dan Profesiona­l Wanita Sabah (Swepa) bersama organisasi lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelantikan Ahli Jawatankua­sa Swepa ke-12 dan Majlis Makan Malam Amal, di sini pada Ahad.

Musa berkata, kejayaan Swepa melaksanak­an pelbagai aktiviti keusahawan­an membabitka­n wanita bukti keprihatin­an mereka terhadap golongan sasar khususnya yang tinggal di luar bandar.

Misalnya, Projek ‘Barefoot Solar 1.0 dan 2.0’ adalah bukti kesungguha­n Swepa untuk menyebarlu­askan inisiatif itu ke kampung-kampung yang memerlukan pembanguna­n.

“Saya memuji inisiatif Swepa yang melaksanak­an pembinaan bekalan elektrik solar di Kota Marudu di bawah Projek Barefoot Solar 1.0 dan 2.0.

“Inisiatif ini dilakukan dengan menyediaka­n kemahiran seperti jahitan termasukla­h pertanian, perusahaan mikro, pengurusan kewangan dan pemasaran kepada komuniti yang terlibat,” katanya.

Pada majlis itu, Presiden Swepa yang akan menerajui kepimpinan 2017 hingga 2019 disandang oleh Datuk Aminah Ambrose menggantik­an Wynnie Jong.

Musa turut mengumumka­n pemberian sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Swepa bagi melaksanak­an aktivitiny­a.

Dalam pada itu, Swepa berjaya meraih Anugerah Pembanguna­n Lestari Junior Chambers Internatio­nal (JCI) Malaysia melalui Projek Barefoot Solar tahun ini.

“Saya memberi jaminan kepada anda (wanita) bahawa kami (Kerajaan Negeri) akan terus memberi sokongan kepada inisiatif yang dijalankan oleh Persatuan Usahawan dan Profesiona­l Wanita Sabah ” (Swepa) bersama organisasi lain.

TAN SRI MUSA AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? AMINAH (tengah) bersama Barisan Jawatankua­sa Tertinggi Swepa yang akan menerajui kepimpinan 2017 hingga 2019.
AMINAH (tengah) bersama Barisan Jawatankua­sa Tertinggi Swepa yang akan menerajui kepimpinan 2017 hingga 2019.
 ??  ?? AMINAH (tiga kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Musa pada majlis berkenaan.
AMINAH (tiga kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Musa pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia