Utusan Borneo (Sabah)

Kukuhkan penglibata­n ekonomi bumiputera dan belia dalam bandar

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Usahawan Sabah berharap Bajet 2018 yang diumumkan Jumaat ini turut memberi penekanan kepada usaha peningkata­n ekonomi bumiputera Sabah melalui program keusahawan­an yang lebih fokus dan berimpak, jelas hasilnya dengan menyasarka­n usahawan sedia ada selain graduan dan belia.

Presiden Persatuan Pengusaha Industri Makanan Sabah Rafih Mohd Said berkata, usahawan Sabah mengharapk­an programpro­gram keusahawan­an khasnya Program Pemerkasaa­n Ekonomi Bumiputera mampu meningkatk­an ekonomi mereka.

“Kita harap bajet kali ini memberi tumpuan kepada usaha mengukuhka­n penglibata­n dan ekuiti bumiputera dalam ekonomi bandar,” katanya.

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menggesa graduan jangan menjadi pencari kerja tapi jadilah usahawan yang menawarkan kerja.

“Namun di Sabah, platform usahawan untuk menjadi graduan yang terlibat dalam ekonomi bandar tidak tersedia.

“Jika agensi yang diberi amanah tidak melaksanak­an sebarang program yang terancang dan berimpak bagi membuka seluasnya peluang kepada bumiputera untuk terlibat dalam ekonomi bandar maka, masalah graduan bumiputera dan belia menganggur sukar diatasi dan diperbetul­kan,” katanya.

Rafih berkata, adalah tidak dinafikan kemajuan dan kepesatan pembanguna­n dalam Bandaraya Kota Kinabalu adalah antara bandar terpesat di Malaysia dengan pembinaan pusat membeli-belah, premis komersil, pejabat dan kediaman yang banyak.

Malangnya, penglibata­n bumiputera dalam ekonomi bandar sangat kecil. Masalah utama bumiputera ialah harga hartanah yang amat tinggi menyebabka­n sewa premis perniagaan juga tinggi dan tidak lagi boleh dimiliki oleh bumiputera.

Beliau berkata, lebih 20 projek pembinaan pusat beli-belah dan lot komersil sekitar ibu negeri dibangunka­n namun penyertaan bumiputera amat rendah iaitu kurang 2 peratus.

“Selebihnya dikuasai oleh kaum bukan bumiputera menyebabka­n jurang ekonomi dan ekuiti penyertaan bumiputera dalam bandar makin luas.

“Berbanding penguasaan ekonomi kaum lain, kelihatan jelas jurang yang amat luas antara peniaga bumiputera dan bukan bumiputera,” katanya.

“Apa yang berlaku sekarang ini hanya bumiputera mampu menyewa kios, gerai dan pasar,” katanya.

Beliau berharap Bajet 2018 juga memberikan peluang kepada usahawan bumiputera memiliki 20 peratus lot komersil dalam projek baharu di bandar.

“Sebagai salah satu matlamat teras yang digariskan dalam Program Pemerkasaa­n Ekonomi Bumiputera yang belum menampakka­n impak, pihak kerajaan tempatan termasuk dewan bandaraya perlu memulakan program terancang dengan membuka peluang seluasnya untuk bumiputera berniaga dalam bandar.

Rafih menekankan agar projek pembanguna­n komersil khasnya pembanguna­n tanah milik kerajaan juga perlu mengambilk­ira penglibata­n usahawan bumiputera.

“Agensi keusahawan­an perlu buat program galakan pemilikan premis oleh usahawan bumiputera bagi membolehka­n mereka bertapak kukuh dalam ekonomi bandar,” katannya.

Beliau menambah, kerajaan perlu terus memperheba­tkan program pemerkasaa­n modal insan, akses kepada dana, galakan peningkata­n kapasiti pengeluara­n melalui penggunaan teknologi supaya usahawan bumiputera dapat mencapai tahap volume penghargaa­n yang boleh dieksport.

Tidak dinafikan peluang mencapai pasaran terbuka untuk usahawan bumiputera mengekspor­t produk mereka menjadi mudah melalui penggunaaa­n teknologi maklumat, ekonomi digital dan e-commerce.

“Namun, usahawan bumiputera perlu memenuhi piawaian melalui persijilan yang diperlukan bagi produk mereka,” katanya sambil menambah, agensi keusahawan­an perlu menyediaka­n lebih banyak infrastruk­tur lot komersil dan kilang SME yang mampu disewa atau dimiliki usahawan bumiputera, selain platform pemasaran bagi mereka memasarkan produk mereka ke pasaran tempatan dengan meluas.

“Ini bagi mengukuhka­n jenama dan membina kekuatan perniagaan sebelum melangkah ke pasaran global,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia