Utusan Borneo (Sabah)

Parti Harapan bertapak di Kota Belud

-

KOTA BELUD: Kota Belud tidak lagi boleh dianggap kawasan selamat Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang kerana semakin ramai penduduk dikatakan tidak berpuas hati dengan kegagalan parti itu membangunk­an daerah berkenaan.

Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin mendakwa kegagalan BN menyebabka­n rakyat semakin hilang sokongan terhadap parti itu.

“Ia sekali gus membolehka­n Parti Harapan Rakyat Sabah bertapak dan menembusi daerah ini, yang dulu dianggap kubu kuat BN,” katanya berucap merasmikan Mesyuarat Agung Parti Harapan Bahagian Kota Belud, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, selepas lebih 20 tahun BN memer- intah Sabah, ramai penduduk mengadu bahawa masih banyak janji pilihan raya sebelum ini belum ditunaikan di Kota Belud.

“Gelaran Jelapang Padi yang menjadi kebanggaan Kota Belud tidak seindah yang digembar-gemburkan kerana saya sendiri melihat sawah-sawah padi di daerah ini tidak dibangunka­n secara komersil dan besar-besaran seperti di Kedah,” katanya.

Lajim berkata, sektor pertanian di Kota Belud sepatutnya sudah mencapai tahap membanggak­an sebagaiman­a jolokan sebagai Jelapang Padi Sabah jika BN melaksanak­an tanggungja­wab secara sempurna.

Kota Belud merupakan bahagian ke-24 dan terakhir mengadakan mesyuarat agung sebelum kongres parti peringkat negeri pada 26 Oktober ini di Likas Square.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan 1 Parti Harapan Rakyat Datuk Maijol Mahap dan Timbalan 2 Ahsim Jamat serta beberapa ahli majlis tertinggi parti.

Selepas perasmian mesyuarat agung Kota Belud, Lajim turut mengadakan lawatan ke kawasan yang dilanda banjir. Beliau juga menyampaik­an sumbangan kepada mangsa banjir.

 ??  ?? LAJIM
LAJIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia